⚔ ⚔ NOTA PERINGATAN DIRI - JANGAN TUNGGU PENCEN ⚔ ⚔

 MA'ALIMUL ABRAR : CIKGU SUKARNO BIN ABD. HAMID
SUKARNO ABDUL HAMID (SETIAUSAHA PAKSI)(2020) : RM90.00

SELAMAT TINGGAL USIA : MOHD AKHIRUDIN
GRUPBUKU KARANGKRAF SDN BHD (2016) : RM27.00


⚔ ⚔ JANGAN TUNGGU PENCEN ⚔ ⚔


Jangan ada cita-cita bila dah PENCEN baru nak ke MASJID

Itu semua janji palsu.

Dulu semasa muda,aku selalu mendengar prosa tersebut,kini aku sudah pencen dan mengalami sendiri situasi itu.

Banyak faktor sebenarnya dan faktor-faktor ciptaan sendiri yang menghalang kita ke masjid.

Oleh itu,aku jangan tunggu pencen baru nak ke masjid;

-  Aku takut diusung dulu baru nak ke masjid.Masa tu dah terlambat.

-  Pintu masjid luas dan banyak.Masuklah ikut mana-mana pintu yang kita suka.

- Tiang dan dinding masjid banyak.Pilihlah mana-mana tiang atau dinding untuk kita bersandar.

- Lantai masjid luas terhampar.Pilihlah sudut mana pun untuk kita rehat lelapkan mata.Tempat yang paling mudah tertidur dan lena adalah di masjid.

- Lelaki yang hatinya terikat di masjid termasuk dalam jaminan Allah untuk mendapat perlindungan Arasy di Mahsyar nanti.

- Bertekadlah untuk membelanjakan sisa-sisa usia yang masih berbaki untuk berbakti kepada masjid,semoga dilorongkan Allah SWT dengah takat ilmu yang ada untuk berkhidmat sebagai BILAL.

Insha Allah!

Jangan tunggu PENCEN baru nak ke MASJID - mulakan melangkah sekarang juga.

Komen


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam