Posts

10 Sifat Peribadi Muslim

Image
1. SALIMUL AQIDAH: Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik. 2. SHAHIHUL IBADAH: Benar Ibadahnya menurut AlQur'an dan Assunnah serta jauh dari segala Bid'ah yang dapat menyesatkannya. 3. MATINUL KHULUQ: Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin). 4. QOWIYUL JISMI: Kuat Fizikalnya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah dari Allah SWT. 5. MUTSAQOFUL FIKRI: Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya. 6. QODIRUN 'ALAL KASBI: Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya. 7. MUJAHIDUN LINAFSIHI: Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dap...

Syria oh Syria ....... Dajjal & Imam Mahadi

Image
Masa kini apa yang berlaku di Syria sewajarnya diberi perhatian yang berat oleh semua kita umat Islam.Isunya ialah tindakan kejam pemerintah yang dari aliran Syiah terhadap rakyat jelata yang beraliran Sunni. Masa kini juga dunia Arab begitu lemah dan berpecah kerana masing-masing mengagungkan kabilah masing-masing hasil dari didikan @ atur tadbir Yahudi hatta negara Arab Saudi sendiri sanggup melanggar pesanan Baginda Rasulullah s.a.w. dengan menjemput masuk tentera Amerika yang kafir ke sana.Tidak ada penyatuan dikalangan negara-negara Arab. Di akhir zaman syiar Islam akan kembali bersemarak dan menggapai kemenangan sebagaimana zaman keagungannya dulu.Dunia Arab juga akan bersatu dan Nabi ada bersabda bahawa kebangkitan dunia arab akan diterajui oleh Syria. Sama-sama kita lihat pastinya akan ada usaha di kalangan Amerika @ Israel untuk membendung kebangkitan rakyat Syria ini agar Syria tidak akan menjadi seperti sabda Nabi itu malah Iran pun akan bersekongkol sama membantu pemerinta...

Maulidur Rasul 2012 - Ku Damba Cinta Mu Ya Rasulullah

Image
Tiada harapan selain Allah swt Tiada idola selain Rasulullah saw Tiada kata seindah AlQuran Tiada jalan selurus Sunnah Tiada kehidupan selain Islam

Back To Office as Hj Zulkipeli bin Salleh

Setelah bercuti panjang 10 hari lamanya kini aku kembali mengharungi suasana pejabat dengan kelapangan jiwa untuk menghadapi keserabutan beban kerja.Bila saja aku onkan lampu bilik,wauuuu. ..... ada 3 longgok fail-fail yang berwarna kuning @ fail kes @ kertas siasatan.Ada fail baru yang perlu disemak,ada fail yang perlu dirujuk selanjutnya ke pihak TPR dan ada fail yang masih dalam proses pendakwaan di mahkamah.Selain dari itu adalah surat-surat resmi dan pekeliling jabatan. Syukurlah hasil tarbiah yang ku lalui sepanjang tempoh bercuti tempoh hari,mata hati ku dapat memandang bahawa semua longgokan fail-fail dan surat @ pekeliling itu adalah sesuatu yang tak sedikit pun menserabutkan minda ku.Aku berlapang dada untuk menghadapi semua itu dan aku berlapang dada untuk menerima apa saja `marah @ leteran' pagawai atasan ku jika aku gagal untuk menyiapkan semua kerja-kerja itu dalam masa yang tertentu kerana di usia 51 tahun ku ini - aku mahu menggunakan waktu malam ku untuk tujuan lai...

Ustaz Pahrol Mohd Juoi & Prof Dr. Muhaya bt. Mohamad

Image
Alhamdulillah! Rasanya aku dah semula sihat fizikal dan mental untuk kembali bertugas Special thanks to: 1. Ustaz Pahrol Mohd Juoi,Ketua Editor Telaga Biru Sdn.Bhd. 2. Professor Dr. Hjh. Muhaya Hj. Mohamad M.D, PhD (London), FRCS (Edin), Masters of Surgery (Ophthalmology, UKM), M. Med (NUS) Director, PCMC Eye and LASIK Centre ustaz pahrol mohd juoi / drmuhaya.com / drmuhayalasik.blogspot.com

Alhamdulillah - bapa sihat!

Syukur Alhamdulillah kerana bapa telah selamat dioperasi matanya pagi tadi di Hospital Alor Setar (hospital lama) Terima kasih banyak-banyak kepada semua anggota perubatan yang terlibat dalam pembedahan tersebut. Juga tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada para jururawat dan pembantu hospital yang bertugas di Wad F1 hospital tersebut.

Teman Kehidupan Seharian Ku

Image
Dalam menjalani kehidupan seharian selain dari deretan buku-buku di dalam librari mini,aku juga ditemani oleh majalah-majallah yang turut mewarnai kehidupan ku.Inilah wajah 3 buah majallah yang begitu bermutu dan punyai sentuhan yang serasi dengan keperluan fizikal dan spiritual ummah.Semoga SOLUSI,ANIS dan Q&A akan tetap istiqamah dengan wadah yang sedia ada ini dan semakin dimantapkan dari masa ke semasa demi membendung lain-lain majallah yang bernafas jahiliah. Bila membaca catatan Sdr. Abu Hassan Morad di kolum Sekapur Sireh Seulas Bicara di dalam buku Destinasi Haji & Ummrah,terdetik rasa kesal dihati dengan situasi di negara ku ini.Rupanya majallah-majallah islamik sebegini terpaksa mengharungi berbagai sepak terajang birokrasi demi untuk kelangsungan hidup dan terus berada di pasaran menemui pembaca. Mungkin liku-liku yang dilalui itu seiras @ senada dengan yang dilalui oleh sekolah-sekolah agama rakyat yang terpaksa bergelut untuk terus hidup di sebuah Negara Islam in...