Posts

Showing posts from October, 2011

Pendang - Kuala Lumpur - Batu Pahat - Pendang

Syukur Alhamdulillah setelah menempuh perjalanan yang agak jauh akhirnya aku dan famili selamat kembali ke Pendang. Gembira dan berbangga dengan kejayaan Kak Long menjadikan tak terasa penat perjalanan dan memandu kenderaan.Cuma biasalah masalah aku nih ialah mengantuk.Jadinya terpaksalah juga berhenti untuk merehatkan fizikal dan mental. Gembira juga kerana Hotel McKart (KL) dan Hotel Garden (BP) yang menjadi tempat penginapan kami itu kini telah menyediakan kemudahan wifi percuma.Jadi ada masa dapatlah aku update blog ini. KL hujan pada sebelah petang.Lepak-lepak jer kat bilik layan notebook ni sementara si bongsu mengadap tv.Isteri dan anak-anak yang lain - aktiviti yang dirancangkan dari awal lagi - shopping! Aku cuma menjelajah ke beberapa toko buku yang ada di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman tu - melihat dan membeli beberapa buah buku untuk menambah koleksi Santapan Minda.

Tahniah,Ummi Faridatul Akmar

Image
Tahniah Kak Long, Abah amat berbangga dan bersyukur dengan kejayaan cemerlang Kak Long.Setelah memerah tenaga dan minda dengan berbagai dugaan dan cabaran samada di segi akedamik mau pun kehidupan seharian di alam UTHM akhirnya Kak Long berjaya dengan gemilang. Berjaya menggapai cita-cita peribadi dan berjaya sebagai anak sulung di dalam keluarga memahat teladan agar menjadi inspirasi dan cabaran kepada adik-adik di masa mendatang untuk mengikut jejak langkah yang sama di menara gading. Abah dan mama juga amat bersyukur kerana dimasa yang begitu dekat Kak Long juga berjaya memasuki alam pekerjaan berbekalkan ijazah yang ada.Doa dan harapan abah dan mama agar Kak Long akan sentiasa menjadi teladan yang baik kepada adik-adik dan sentiasa berada di landasan keredhaan Allah SWT.

Akhirnya ....... Yahudi Yang Menang (sambungan)

Rentetan dari entri yang terdahulu,Akhirnya ..... Yahudi Yang Menang kini setelah beberpa hari Muammar Ghadaffi menjadi arwah telah mula tersiar artikel-artikel dari sudut pandangan yang lain terhadap beliau. Jika sebelum ini hanya keburukan beliau yang terpapar di media,artikel terkini mengenai kebaikan beliau yang mula tersiar pastinya tak akan dapat mengembalikan keadaan ke asalnya.Begitu sekali mereka-mereka itu menghina jenazah Ghadaffi dan saya berpendapat jika sekujur jasad yang kaku itu pun tidak dapat diurus dengan baik oleh pihak yang berkuasa yang akan memerintah Libya,bagaimanakah nantinya mereka akan menguruskan dengan baik jutaan rakyat Libya??? Sekiranya tuntutan syariat Islam terhadap mayat seorang Islam pun tidak dapat dipenuhi (tuntutan menyegerakan pengkebumian mayat) bagaimanakah nanti syariat Islam yang lain mahu dijunjung tinggi oleh pemerintah baru Libya ??? Apa yang berlaku kini di persekitaran Negara Iraq akan berlaku di Libya dan akhirnya rakyat yang menderita...

Akhirnya ..... Yahudi yang menang!

Image
Akhirnya hari ini gugurlah Muammar Ghadaffi setelah sekian lama berita kekejamannya sebagai pemerintah Libya dicanang serata dunia.Ketika media antarabangsa dikawal sepenuhnya oleh Yahudi satu tanda tanya sewajarnya berada di minda kita ... apakah kita menilai peribadi Muammmar Ghadaffi ini dari kaca mata seorang yang nutral atau pun terpaksa mengguna kaca mata Yahudi juga. Seperti adanya kesepakatan antara bangsa untuk melenyapkan beliau.Jika dahulu Yahudi diusir keluar dari Libya semasa beliau berkuasa,kini Yahudi telah pun berpeluang kembali ke sana.Tak mustahil pemerintah pengganti Muammar Ghadafi adalah adikong Yahudi.Hubaya-hubaya tetangga-tetangga Libya .... menunggu masa untuk menerima nasib yang sama. Andaian sebegini muncul di minda ku bila terkenangkan kisah Presiden Idi Amin di Uganda suatu ketika dahulu.Seorang muslim yang dikhabarkan begitu kejam sehinggakan sanggup memakan daging manusia lalu antarabangsa pun menjatuhkannya. Setelah beliau tiada barulah muncul kisah-kisa...

Antara Kelebihan Umat Islam Akhir Zaman

Antara Kelebihan Umat Islam Akhir Zaman PENDAHULUAN Surah Al Baqarah [2] : [255] .....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). PENGENALAN Umat Islam atau umat Nabi Muhammad saw mempunyai pelbagai kelebihan di dunia dan akhirat. Inilah kurniaan Allah Subhana wa Ta’ala kepada umat Nabi Muhammad saw dimana ia sebagai pelengkap kepada tatacara dalam melalui kehidupan di muka bumi ini samada dari segi akidah, ibadah mahupun segala aspek kehidupan masyarakat yang bertamadun. Bersyukurlah atas nikmat Allah yang tidak terhingga ini. Di dalam Al-Quran juga telah dinyatakan bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik. Terjemahan : Surah Ali 'Imran [3] : 110 110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekirany...

Siapa Sebenarnya Kita

Image
"Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. "Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.. Semua peserta mengangkat tangan. "Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?" Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. "Okey apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya.. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor. "Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat...

berhenti seketika di sini ......

Image
merenung jejak-jejak yang ditinggalkan, namun perjalanan ku masih jauh ke hadapan!

Antara ZINA dan RIBA

Umumnya kita akan memandang hina kepada pelaku ZINA tetapi akan tidak apa-apa terhadap pelaku RIBA termasuk mungkin diri kita sendiri yang terlibat dengan RIBA melalui pinjaman peribadi,pinjaman beli rumah,beli kereta atau pun kad kredit. Sedangkan Sabda Rasulullah SAW - sekali berZINA akan terhapus amalan selamat 60 tahun dan, 1 kali mengamalkan RIBA bersamaan dengan 36 kali berZINA Renung-renungkanlah .......

Tu diaaaaaaa ...... dapat dah!

Image
buku yang beratus-ratus peratus releven ngan aku! Sebenarnya dorongan utama aku untuk berusaha keras mengurangkan berat badan ini adalah apabila terkenangkan ceramah kat radio hari tu.Bukan bab gemuk yang disentuhnya tapi berkaitan ngan `makan'.So connectionnya memang la ada - kalau dah `buruk makan' tu memang laa akan montel jadi nyerr! 2 isu yang diutarakannya dan aku catatkan kat sini lebihkurang camni laa. 1. Dalam satu majlis tu lalulah seorang hamba Allah sambil bersedawa kekenyangan berdekatan dengan Rasulullah SAW.Lalu Rasulullah SAW pun bersabda "jauhkanlah orang itu dari aku" Para sahabat lalu bertanya "kenapa ya Rasulullah!" Jawab Rasulullah " orang yang paling kenyang di dunia ini adalah orang yang paling lama kehausan di akhirat nanti" (Ya Allah! aku kalau makan selalunya macam hamba Allah tu laa .... eeiiii seramnyerr kat akhirat nanti) 2. Sabda Rasullah SAW "Sesungguhnya kami adalah dari golongan orang-orang yang hanya makan apa...

Jemaah Maut Jatuh Tingkat 9 Hotel Al-Haram,Madinah.

Kelmarin sekitar jam 4.00 waktu tempatan (jam 9.00 waktu Malaysia) tragedi ini berlaku Hotel Al-Haram,Madinah.Akhbar melapurkan mangsa terjatuh dari tingkat 9 ke bawah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Jemaah wanita ini berasal dari Selangor itu mengerjakan ibadah haji bersama suaminya dan ketika kejadian ini beliau bersendirian di biliknya.Pihak Tabung Haji masih menyiasat punca kejadian. Takziah kepada suami,kaum keluarga dan sahabat handai arwah.Semoga semuanya redha dengan kejadian ini dan bersyukur kerana khabarnya jenazah akan akan di kebumikan di Perkuburan Baqi' (ramai yang berkeinginan untuk disemadikan di situ,namun yang bertuah dan terpilih adalah rahsia Allah SWT) Aku agak laa - jemaah ini terdorong jatuh semasa beliau mahu menyidai pakaian basuhan di jenang tingkap hotel.Biasanya 4 orang akan menginap di dalam satu bilik dan pakaian basahan akan sukar untuk dijemur.Jadinya ada jemaah yang akan membuka tingkap hotel dan menjadikan jenang tingkap sebagai ampaian. W...

Inilah Hero 1 Malaysia ku

Image
....bila disuruh baca buku,ulangkaji pelajaran! Jam baru 9.30 malam Nak marah pun ... rasa kesian gak.Tentu letih.Jam 6.45 pagi dah bertolak ke sekolah.Sesi pagi.Petang plak ada Kelas KAFA.Lebih kurang jam 6 petang barulah sampai rumah....

7 Sunnah Rasulullah SAW

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senant...

Hati Seorang Pemandu Teksi - Hati Emas

Aku melihat dirinya sangat sederhana. Seorang pemandu teksi yang acap kali singgah untuk solat Subuh di masjid berhampiran dengan rumah ku. Kekadang aku berpapasan dengannya lewat solat Asar – jika kebetulan pulang awal dari kerja. Wajahnya jernih walaupun jelas telah berusia. Umurnya, sekitar 65 tahun, mungkin. “Kenapa masih bekerja Pak cik?” “Kenapa? Pak Cik dah nampak tua?” tanyanya kembali. Aku tersenyum. Senang dengan kemesraannya. “Anak-anak masih kecil?” tanyaku lagi, mencungkil sebab sebenar dia masih bekerja walaupun selayaknya pada usia begitu dia berehat. “Ah, Pak Cik dah bercucu. Alhamdulillah anak-anak semuanya dah bekerja. Ada juga yang berniaga,” kilas Pak cik itu bersahaja. “Kenapa Pak cik masih bekerja?” tanyaku lagi sambil memegang bahunya mesra. “Bukankah bekerja itu satu ibadah? Ibadah mana ada pencen,”jawabnya pendek. Aku terdiam. Inilah inti pati kuliah ‘Penghayatan Kerja Sebagai Satu Ibadah’ yang selalu aku sampaikan dalam program-program latihan dan ceramah. Ter...

Hujan Air Batu di Mekah

Image
Fenomena alam yang jarang berlaku di Mekah, Arab Saudi. Hujan lebat yang disertai ketulan air batu,melanda Kota Suci lebih kurang pukul 16.25 waktu tempatan, Sabtu (01/10). Hujan air batu tersebut membuatkan suhu di kota Mekah yang biasanya lebih kurang 40 darja Celcius, berubah menjadi lebih sejuk. Media Center Haji (MCH) di Mekah, melaporkan, hujan tersebut disertai air batu berdiamater setengah sentimeter. Hujan air batu cukup membuatkan suhu di kota Mekah yang selama ini cukup panas menjadi lebih sejuk. “Adanya hujan ini mampu menurunkan suhu udara sehingga menjadi sejuk setelah sebelumnya panas” katanya. Perubahan cuaca yang ekstrem perlu diambil perhatian kepada bakal-bakal jemaah haji Malaysia yang akan datang ke Mekah. Seperti diketahui, tidak lama lagi jemaah haji dari tanahair akan berangkat ke Tanah Suci. Video fenomena hujan air batu di Mekah 1 Oktober 2011