WAHAI ORANG YANG MALAS DAN SUKA TIDUR!
Lepas Isyak, Jumaat 9 Rabiulawal 1433. Kali ini majlis ilmu yang dihoskan Profesor Dr Muhaya fokus kepada tafsiran surah al-Alaq. Kerana mendapat jemputan tiga hari lebih awal, saya bercadang menghadiri majlis itu dengan membawa sedikit kefahaman tentang surah tersohor itu. Sempat jua saya merujuk kitab tafsir oleh ibnu Katsir dan Sayyid Qutb. Lalu, sewaktu Ustaz Fauwaz membentangkan huraiannya, saya mengharapkan akan lebih cerah dan jelas jadinya kefahaman terhadap surah yang menjadi detik mula kerasulan Muhammad SAW. Hebat ustaz muda ini, dibacanya tafsir terus daripada kitab bahasa Arab berjudul 'At Tahrir Wa Tamwir' (pembebasan dan pencerahan) karangan Imam Ibnu Asyur. Tentu begitu jauh bezanya dengan saya, yang mendapat kefahaman daripada terjemahan bahasa Indonesia kitab tafsir al-Quran karangan ibnu Katsir dan Sayyid Qutb. Malam itu, pokok pembicaraan menyentuh soal perintah menuntut ilmu. Lima ayat pertama al-Alaq diberikan penghuraian. 'Bacalah (wahai Muha...