Posts

Showing posts from February, 2009

Salam Perkenalan Salam Usahawan

Salam usahawan dan teramat terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk menatap rakaman bicara perasaan dan perjalanan kehidupan ini dalam meniti jatah usia yang masih ada untuk mencapai kejayaan bersama-sama Smart Success Team dan Smart Naco Sdn.Bhd. Buat anda yang pertama kali berkunjung ke blog ini,Salam Perkenalan saya hulurkan dan menjadi harapan saya agar sesuatu yang bermanfaat akan anda temui di sini.Menjadi tujuan utama juga saya membina blog ini untuk mencari kenalan seramai mungkin untuk sama-sama teman berteman mengharungi kehidupan ini.Untuk sama-sama berbincang,bermesyuarah dan tegur menegur.Sebagai manusia biasa yang kerdil di maya pada ini,saya juga tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kealpaan,so tegurlah,bimbinglah saya agar saya berupaya berdiri sebagai seorang ummah yang terbaik untuk ugama dan bangsa,Insha Allah! Agar saya mampu sentiasa berada on the right track samada dibidang kehidupan seharian,apa tah lagi dalam dunia usahawan yang masih amat ba...

Rumah Yakin Al Wadi

Image
Lebih kurang jam 10.30 pagi 19 Februari,2009 - buat kali keduanya saya sampai lagi ke Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Al Wadi, Kampong Cheruk Sikin, Mukim Pulai,Baling.Jika kunjungan kali pertama dulu (Hari ke 2,Aidil Adha 1429H) saya gagal bertemu dengan Ustaz Daud iaitu Penyelia Al Wadi dan juga gagal bertemu dengan anak-anak Al Wadi kerana meraka menghadiri program Bacaan Yassin di luar. Kali ni saya berkesempatan bersua muka dan berbual-bual dengan Ustaz Daud.Bercerita mengenai impian dan harapan beliau untuk melihat masa depan Al Wadi yang lebih berketerampilan dan mencapai matlamat memberi khidmat yang terbaik kepada anak-anak miskin dan anak-anak yatim penghuni Al Wadi.Namun saya gagal juga bertemu dengan anak-anak Al Wadi kerana semuanya bersekolah sesi pagi.Cuma yang ada ialah Adik Ain yang baru balik dari kelas tadikanya dan sibuk menyiapkan homeworknya. Ustaz Daud : abah kepada semua anak-anak Al Wadi Kak Aliya : petugas di Bahagian Pentadbiran - sedia menyambut kedatangan an...

Al Fatihah untuk Tok Pah - start here!

Image
Sekitar jam 3.15 petang 22 Februari,2009 bersamaan 26 Safar 1430 (hari Ahad) telah pulanglah ke Rahmatullah tok Pah (tok sebelah mak) yang dikasihi.Pemergian yang begitu mudah tanpa tempoh sakit demam yang berlarutan `mungkin' petanda bahawa roh arwah beroleh tempat bersama-sama dengan lain-lain insan yang beriman dan diberkati Allah SWT,Amin! Arwah yang sehari sebelumnya masih bertenaga menumbuk biji kopi untuk dijadikan serbuk kopi minuman sendiri.Pagi 22 Februari itu arwah sedang berpakaian untuk ke rumah kenduri kahwin tiba-tiba merasa sebelah tangan dah tak boleh digerakkan ketika nak memasukkan tangan ke dalam tangan baju kurung yang hendak dipakainya.Ketika itulah arwah mula merasa tidak bermaya dan terjelepuk ke lantai.Di usung ke pembaringan dan ketika itu mula menunjukkan tanda-tanda nazak. Sekitar jam 10.30 pagi saya yang ketika itu sedang bermesyuarat menerima khabar ini dan jam 3.00 petang baru dapat bertolak ke rumah tok di Kampung Banggul Berangan,Labu Besar,Kulim,K...

Al Fatihah

Image
Makna Ayat Pertama: الْØ­َÙ…ْدُ للّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِ Artinya: “Segala puji bagi Allah Rabb seru sekalian alam.” Makna Alhamdu adalah pujian kepada Allah karena sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Dan juga karena perbuatan-perbuatanNya yang tidak pernah lepas dari sifat memberikan karunia atau menegakkan keadilan. Perbuatan Allah senantiasa mengandung hikmah yang sempurna. Pujian yang diberikan oleh seorang hamba akan semakin bertambah sempurna apabila diiringi dengan rasa cinta dan ketundukkan dalam dirinya kepada Allah. Karena pujian semata yang tidak disertai dengan rasa cinta dan ketundukkan bukanlah pujian yang sempurna. Makna dari kata Rabb adalah Murabbi (yang mentarbiyah; pembimbing dan pemelihara). Allahlah Zat yang memelihara seluruh alam dengan berbagai macam bentuk tarbiyah. Allahlah yang menciptakan mereka, memberikan rezeki kepada mereka, memberikan nikmat kepada mereka, baik nikmat lahir maupun batin. Inilah bentuk tarbiyah umum yang meliputi seluruh makhluk, yang baik maupun...

Karamah Jihad di Gaza

Image
Gambar di atas menunjukkan seorang doktor dari Jordan yang terlibat dalam misi menolong ummah di Gaza melaporkan dalam satu mesyuarat para doktor bagaimana beliau telah menyelamatkan seorang mujahidin yang tercedera tetapi selamat..diselamatk an oleh mushaf Al-Quran dan kitab Hisnul Muslim yang menjadi benteng secara realiti (keduanya memang adalah benteng secara spritual). Subhan Allah!

Doa Untuk Pejuang Palestin

Image
Sepanjang minggu kebelakangan ini berita dan gambar-gambar mengenai kekejaman regim Zionis (Laknatullah) menjadi hidangan yang menggerikan di dada akhbar dan tv.Betapa suatu pihak yang didokong oleh kuasa besar Amerika dan sekutunya mahu melanyak sebuah negara kecil yang dahulu ditumpanginya sahaja dan kini mahu menjadi tuan sepenuhnya.Betapa pemimpin-pemimpin negara jiran yang sebangsa tetapi diulit oleh kepentingan duniawi hanya mendiamkan diri.Tanpa sedar bahawa luka kecil di kaki atau di mana-mana anggota tubuh jika dibiarkan suatu ketika nanti pasti seluruh tubuh akan teransang kesakitan.Memburuk dan bernanah lalu tubuh itu akan parah. Terkial-kiallah HAMAS memperjuangkan akidah,namun hadith Rasulullah SAW ini mungkin milik mereka :Maksudnya; “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka ...

Catatan Maghrib 8 Safar 1430

Image
Sepanjang masa berurusan mendaftarkan Ummi Farah Aqilah di Sekolah Menengah Agama Yan tak lama dulu dan melihat bagaimana dia mudah membawa diri di kalangan teman-teman sebilik yang baru dikenalinya membuatkan aku terfikir betapa cepatnya masa berlalu.Seketika lagi anak ini akan tidak ada lagi diruangan mata ini di lingkungan persekitaran rumah kediaman.Betapa anak kecil ini kini telah terdedah kepada satu lagi corak hidup baru yang pastinya menuntut semangat kendiri yang bukan sedikit.Tidak ada lagi tangan abah dan tangan mama yang akan dapat membantu bila diperlukan.Cumanya bila berkesempatan pulang bercuti sahaja. Sememangnya diantara 5 orang anak-anak ku,anak inilah yang saiz tubuh badannya kecil jika dibandingkan dengan kakak dan abangnya ketika mereka seusia dengannya.Malah adik lelakinya Muhammad Nabil Farhaan yang kini baru berusia 8 tahun telah pun miliki saiz tubuh badan yang lebih besar darinya yang dah berusia 13 tahun. Aku merasakan amat bersyukur sangat melihat anak-anak ...