Posts

Showing posts from August, 2009

merdeka! merdeka! merdeka!

Selamat Hari Merdeka,Malaysia! Dah pun 52 tahun negara ku merdeka.Merdeka dari pentadbiran direct dari penjajah.Tak ada lagi pegawai-pegawai yang berbangsa inggeris memerintah negara ku.Diambil alih oleh anak-anak watan walau pun ada sesetengahnya mentaliti penjajah masih ada.Begitulah besarnya pengaruh `pendidikan' dalam kehidupan ini.Pelapis-pelapis yang akan mengambilalih pemerintahan negara telah dihantar untuk dididik di negara-negara penjajah. Begitu jugalah kesan dari sistem pendidikan hari ini kepada mentaliti anak-anak kita yang kelak akan mengambilalih pemerintahan negara.Jika Laksamana Hang Tuah dihidupkan semula - apakah dia akan tetap mempertahankan kata-katanya dulu `tak kan Melayu hilang di dunia' itu??? Aku mengimpikan sebuah negara merdeka yang aman.Aman menjalani kehidupan seharian tanpa dicemari oleh kejadian-kejadian yang menakutkan.Setiap hari ada saja berita-berita pembunuhan dan kaedah pembunuhan itu semakin hari semakin tragis,semakin ngeri dan semakin m...

safar ku mencari mardatillah,Insha Allah!

Hari demi hari silih berganti.Berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi.Yang tinggal hanyalah kenangan yang akan menjadi sejarah hitam putih kehidupan ini dan baki usia yang semakin pendek.Semakin mendekatlah ke titik akhir yang bernama kematian.Jika ketika kelahiran kita diazankan dan ketika menjadi jenazah kita disolatkan - beza jarak masa yang singkat antara azan dan solat itu sebenar-benarnya mengggambarkan betapa singkatnya usia kehidupan kita di dunia ini.Singkatnya kehidupan `sementara' yang diizin oleh Allah SWT untuk kita menghuni di dunia ini.Dunia yang tuannya ialah Allah SWT bukannya mana-mana kaum atau bangsa pun yang ada di dunia ini.Kita hanyalah bertaraf hamba dan betapa beruntungnya kita yang walau pun hanya hamba kita tetap bebas bergerak dan berbuat apa-apa dan berkata-kata.Tidak seperti hamba kepada manusia yang menjadi amalan di zaman silam ketamadunan manusia.Bersyukurlah! Ketika usia ini makin meningkat dan semakin menghampiri penghujungnya - pandangan semaki...

mencari redha Allah SWT

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 11. 12. 13.

pasar ramadhan pekan pendang

Image
Ramadhan kali ni disambut dalam musim hujan.Tiap-tiap hari hujan. Cuaca macam ni tak la terasa sangat lapar dan dahaga tu.Memerap jerr kat ofis siapkan kerja/tugasan dalaman seperti siapkan retan,laporan dsbnya.Kerja luar terpaksalah tangguhkan dulu sehingga keadaan cuaca mengizinkan. Kesiannya tu kat penjaja-penjaja di Pasar Ramadhan.Terbantut sikit laa sumber pendapatan mereka bulan puasa kali ni.Kalau berterusan macam ni mau jamm juga persiapan hari raya nanti. Walau macam mana pun diharapkan semua penjaja tetap husnuzon kepada Allah SWT.Dialah yang mengatur semuanya.Kita hanya berusaha mencari rezeki ketentuan samada akan dapat atau tidak,banyak atau sikit adalah totally bidang kuasa Nya. Pepagi tu buat solat dhuha dulu pas tu baru mula buat kerja-kerja untuk penyediaan bahan jualan petang nanti.Insha Allah,usaha diberkati dan rezeki mengalir deras datangnya.Jangan sangsikan semua tu kerana itu jaminan dari Pencipta kita. lebih selesa lagi kalau apa-apa pun kenderaan tak dibenarka...

penawar kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur...

selamat berpuasa teman-teman semua!

Image
Allah SWT telah berfirman "Wahai hamba Ku! Hati mu adalah taman Ku dan syurga Ku adalah taman mu.Sekiranya engkau tidak bakhil kepada Ku dengan taman mu bahkan engkau tempatkan makrifat Ku di dalam hati mu,nescaya Aku tidak akan bakhil kepada mu dengan taman Ku dan akan aku tempatkan engkau di dalamnya! Hadis Qudsi.

ustaz kazim elias al hafiz

Petangnya setelah si Farhaan balik dari sekolah,aku bersama famili bertolak ke rumah mertua di Kepala Batas,Alor Setar.Program malam ini ialah menghadiri ceramah ugama di Masjid Syarifah Fatimah di Kamunting,Jitra.Farah dan Farhaan akan ditinggalkan di rumah mertua sementara isteri dan anak-anak yang lain akan bersama ku ke sana. Daya tarikan utama untuk hadir ke majlis ilmu ini ialah kerana nama Ustaz Kazim Elias Al Hafiz itu sendiri.Jika selama ini kami hanya berpeluang mendengar ceramah beliau melalui CD @ VCD sahaja.Ini adalah peluang untuk mendengar dan melihat beliau secara `live' menyampaikan ceramah ilmu beliau dan berpeluang berkongsi pahala iktikaf dan majlis ilmu bersama ratusan jemaah yang lain di masjid tersebut. Tajuk ceramah beliau ialah `Puasa atau Dosa'.Alhamdulillah,dalam suasana yang santai disulam dengan joke yang releven dengan isu yang disampaikan,beliau berjaya menguasai majlis dan aku berpuashati dengan apa yang aku dapat dari menghadiri majlis tersebut....

seminar kualiti kebersihan makanan

Pagi tadi telah pun berlangsung Seminar Kebersihan Makanan yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Jabatan Kesihatan Negeri perlis di Auditorium Kolej Kejururawatan Alor Setar.Para jemputan terdiri dari anggota jabatan kerajaan dan juga organisasi swasta yang terlibat dalam pengendalian makanan pemantauan kualiti makanan kepada pelanggan.Penceramah-penceramah pula memperkatakan mengenai isu-isu berkaitan keselamatan makanan,Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan juga isu keracunan makanan. Aku tertarik dengan isu yang dilontarkan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Negeri Kedah,Dr. Shahidan Hashim semasa beliau memberi ucaptama dan meresmikan majlis bagi pihak Dato' Pengarah Kesihatan Negeri Kedah. Manusia yang maju dan canggih dibidang teknologi masa kini masih belum mampu mencipta `pembungkus makanan' seperti mana yang dicipta oleh Allah SWT.Pembungkus makanan ciptaan manusia tidak akan berubah hari ini,esok atau lusa sedangkan isi kandungan...

lalu berubahlah persepsi diri ku

Hari Sabtu 1 Ogos,2009 sekitar jam 3.30 petang sedang aku berjalan-jalan di Jalan Tungku Abdul Rahman.Suasana sekitaran ketika itu tenang saja walau pun ramai orang yang berkumpul di sana sini.Begitu juga kelihatan anggota POLIS yang berkumpul bersama dengan deretan kenderaan jabatan mereka.Turut menjadikan suasana sibuk kerana di lorong belakang adalah pasar malam. Kemelut manusia ketika itu tak aku pedulikan.Urusan ku ialah nak ke kedai-kedai buku yang ada disepanjang jalan itu.Meninjau dan melihat kalau-kalau ada buku yang menarik untuk dibeli sebagai santapan minda. Sedang aku berjalan,tiba-tiba aku mendengar suara orang memekik "lari.....lari".Ketika terpinga-pinga itu pancutan air kimia mula meluncur datang.Sempat aku berlari bersembunyi disebalik tiang besar bangunan kedai kat situ.(Pintu-pintu kedai dah ditutup sekelip mata - aku tak sempat nak menyelinap masuk seperti beberapa orang lain yang berkesempatan).Mata mulai pedih.Kering kerongkong dan sesak nafas.Aku meras...