Posts

Showing posts from January, 2010

noktah sebuah persinggahan hidup

Image
hari demi hari tapak ini semakin ku hampiri langkah demi langkah ku dekati noktah persinggahan hidup ini sedang lalai dan alpa menari-nari di ruang mata menutup pandangan nyata mata gagal menyaring masa dan nyawa Akukah ini yang mengaku hamba Nya Yang menggelar diri muslim dan mukmin Yang masih kabur darjah iman dan takwa Tapi tak malu meratah nikmat rezeki Nya. Andai hari ini hari terakhir Mampukah aku menepis Munkar dan Nakir Mahukah solat dan Al Quran menjadi tabir Sedangkan di dunia ini aku acapkali mungkir Masihkah aku mau terus begini juga Menempah azab neraka Allah SWT ????? Aku perlu berubah .... muhasabah .... berhijrah !!! (sebelum diri bergelar arwah)
Image

telur berdiri semasa gerhana matahari

Image
Pada 15 Januari 2010 lalu, rakyat Malaysia telah dipertontonkan dgn satu lagi kebesaran ciptaan Tuhan yang mana berlakunya peristiwa gerhana matahari separa atau dikenali sebagai ‘gerhana matahari anulus’ antara 3 petang hingga 5.45 petang berikutan ’sentuhan pertama’ bulan ke cakera matahari. Pada masa itu, matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang. Bentuk hasilan gerhana paling cantik dilihat di negara China Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur, apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutupi mataharinya kerana saiz bulan yang lebih kecil, dan matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan. Peristiwa Gerhana Matahari ini pernah berlaku pada 26 Januari 2009 Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi d...

kedahsyatan siksaan di alam kubur

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah men...

medan pertembungan tiga ugama

360 Degree Inside View of Masjid Al Aqsa Subhanallah !!! medan pertembungan 3 ugama antarabangsa

gerhana bulan 1 januari 2010 gerhana matahari 15 januari 2010

Image
Panduan Shalat Gerhana Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga akhir zaman. Malam hari ini, bertepatan dengan pergantian tahun akan terjadi gerhana bulan parsial -yang dapat disaksikan dari seluruh daerah di Indonesia-. Begitu pula 14 hari kemudian akan terjadi gerhana matahari -namun hanya dapat disaksikan dari sebagian daerah. Berikut info selengkapnya. Info Gerhana Januari 2010 Berdasarkan perkiraan, akan terjadi gerhana sebanyak dua kali di awal tahun ini yaitu gerhana bulan pada 1 Januari 2010 dan gerhana matahari pada 15 Januari 2010. Untuk gerhana bulan yang pertama dinikmati oleh seluruh masyarakat Indonesia pada 1 Januari 2010 dinihari. "Di seluruh wilayah Indonesia bisa mengamatinya," ujar peneliti utama astronomi dan astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN), Thomas Djamaludin, ketika dihubungi detikcom, Senin (28/12/2009) . Thom...

antara cacing dan katak

Image
Isu 1 : CACING dalam MILO Pertama kali aku didedahkan dengan isu ini ialah semasa aku sedang mengikuti rakaman kuliah ugama yang dikendalikan oleh Ustaz Kazim Elias Alhafiz di Pusat Pendidikan Al Barokah,Manjoi,Perak. Seorang hadirin telah bertanya kepada Ustaz Kazim mengenai hukum minum Milo yang antara ramuan membuatnya ialah cacing.Jawapan berhemah dari Ustaz Kazim ialah haram hukumnya Milo tu kalau benar ianya mengandungi cacing. Tak tumbuh tak melata.Tak sungguh orang tak kata.Mungkin hadirin yang bertanya itu telah mendapat informasi mengenai campuran cacing dalam Milo tu. Kali keduanya ialah aku membaca satu email yang menceritakan hal yang sama malah lebih detail lagi.Cuma tak pasti apakah syarikat pengeluar Milo itu telah membuat perubahan atau tidak untuk memperolehi Sijil HALAL @ setelah memperolehi Sijil Halal. Isu 2 : KATAK dalam SARDIN Cap AYAM Dari email tersebut juga,hasil pemeriksaan sebuah agensi di kilang tersebut telah menjumpai rahsia kilang pengeluar sardin terseb...

gula oh gula

Image
Benarlah kata orang gula itu pembunuh Terlebih gula mengundang diabetes yang seterusnya menjadi pembunuh kepada individu yang mengidapnya. Kesukaran memperoleh bekalan gula ketika ini telah menjadikan gula sebagai pembunuh kepada kelangsungan hidup kedai-kedai runcit melayu.Pelanggan akan beralih ke kedai-kedai runcit bangsa lain yang ada dijual gula @ mudah dibeli gula.Syaratnya kenalah beli barang-barang lain juga. Lalu lemahlah daya saing peniaga-peniaga melayu.Mana-mana yang tak kebal terpaksalah beralah ..... Ketika ini semua orang bercakap mengenai isu `nama Allah',isu bakar gereja dsbnya - siapakah yang peduli semua ini ??? Si hijau,si biru muda dan si biru tua pun dah tak sempat nak tengok semua ni sebab semuanya dok teropong Putrajaya sahaja ......

hujan turun la plak

Image
Kesian plak kat para penoreh getah.baru beberapa hari merasa kenaikan harga getah (termasuk sekerap) dah tak leh masuk ofis sebab hujan. Bersabarlah yerr - sesungguhnya kita manusia ini hanya mampu merancang.Allah SWT juga merancang dan sepastinya perancangan Nya itulah yang terbaik untuk kita. Insha Allah rezeki anak-anak tetap ada !!! Photo ni aku ambik masa dalam perjalanan balik dari Pekan Kubur Panjang sekitar jam 4.30 petang tadi.

sekerap sekilo pat hinggit

laa ni oghang yang ada kebun getah dah mula gelak besaq.Sekerap pun dah naik sekilo empat ringgit.Tu baru getah sekerap,yang tak sekerap lagi sakan laa.Tak terasa laa gula naik sekilo dua kupang tu. Teringat sikit masa dulu (awai tahun sudah kot),masa tu getah mahai.Depa pi motong pun naik kereta.Kebun getah yang dulu semak samun jadi terang benderang.Jalan masuk ke kebun pun jadi lapang cerah sebab kereta dok lalu hari-hari.Cikgu-cikgu yang mengajar sesi petang pun kalut pi motong dulu sebelah pagi sebelum pi sekolah.Cikgu yang mengajar sesi pagi telan air liur jer laaa.Kalau nak join pun kena tunggu haghi jemaat sabtu laa. Orang yang sewa kebun getah plak dengaq ceritanya pi motong sampai dua trip.Trip pagi dan trip awai-awai pagi.Subuh-subuh shapiee tu pi dah kutip susu pas tu mula trip kedua.Kira ngan tuan kebun tetap satu trip saja tu pun kalau tak kena gaya habaq saja kat tuan kebun kata tak leh motong pasai hujan - hmmm penyewa makan isi tuan kebun hirup kuah jerr.Nak motong sen...

esok mula kerja ......

Sepanjang minggu akhir bulan disember 2009 aku bercuti.1 & 2 jan. hari cuti hujung minggu dan hari ni aku terpaksa ambil cuti juga kerana nak uruskan pendaftaran Andak di SMKAK.Angah pun hari ni gak bertolak balik ke Shah Alam menaiki bas Sani Express - semoga selamat dalam perjalanannya. Rumah kembali sunyi.Hanya tinggal aku,isteri dan sibongsu sahaja. Ketika ini heboh di media perdana isu penggunaan perkataan `Allah' oleh sebuah akhbar terbitan pertubuhan kristian.Seperti isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh Salman Rushdie suatu ketika dulu - semua orang melompat dan mahu menjadi juara mempertahankan `nama' Nabi Muhammad SAW dan kini mempertahankan nama `Allah' pula. Persoalannya kini sejauh manakah kita nak mempertahankan semua itu sedangkan rata-rata ummah kita masih dangkal dalam menghayati `zat' Allah SWT itu sendiri.Serupalah lazimnya kita marah bila orang mengata itu ini yang negatif mengenai ibu bapa kita tetapi perlakuan kita hari-hari adakah kit...

time to change !!!

Image
Salam Tahun Baru Masihi 2010 dan Tahun Hijrah 1431 Jika 1 Muharram lalu pada hari Jumaat,1 Januari juga bermula dengan hari Jumaat iaitu penghulu kepada segala hari.Samada ianya suratan atau kebetulan - hanya Yang Maha Pencipta sahaja yang mengetahuinya.Sesungguhnya kita hanya diberi hanya sedikit ilmu sahaja untuk mendabik dada tahu segala-galanya.Yang pasti ialah setiap hari penuh keberkatan hanya kita sahaja yang tak mampu untuk meraih tawaran istimewa dari Nya itu.Kita mencemarkan hari-hari yang kita dipinjam milik itu dengan dosa-dosa zahir dan batin (samada sedar atau tidak merujuk kepada batasan ilmu dan iman kita) Hari ni dan esok,Sabtu adalah cuti hujung minggu (Negeri Kedah Darul Aman tidak menyambut cuti umum untuk 1 Januari).Hari Ahad pula aku mengambil cuti rehat kerana nak menguruskan kemasukan Andak ke SMKAK.Alhamdulillah doa ku dimakbulkan dan permohonan ku untuk Angah bertukar sekolah dari SMKAY diluluskan.Kini Angah akan bersekolah sama dengan Acik.Mudahlah pengurusan...