Ceramah Tahun Baru Ustaz Kazim AlHafiz
Malam tadi aku dan famili bersolah jemaah maghrib di Masjid ArRahmah,Taman Wira,Alor Setar,Kedah kerana selepas solat maghrib ada program ilmu iaitu ceramah sempena tahun baru masihi 2011.Penceramahnya tak asing lagi iaitu Ustaz Kazim Elias AlHafiz,Pengetua Pusat Pendidikan AlBarakah,Manjoi,Perak. Sedikit catatan untuk tatapan kita bersama; 1. Azam untuk berubah meninggalkan yang tidak baik kepada yang baik selagi masih bernyawa kerana sebelum mati kita tetap tidak akan terlambat untuk bertaubat. 2. Pentingnya perpaduan kerana umat Islam akan tertindas dan terhina apabila berlaku peperangan seperti mana yang dialami oleh dibeberapa negara Islam yang huru hara kini. 3. Umat Islam di Malaysia ini ramai tetapi tak ramai yang datang ke masjid tetapi dalam yang tak ramai datang ke masjid itu pun tak semuanya sekata sepakat. Bagaimanakah masjid akan diimarahkan jika perpaduan ini tidak terjalin erat. 4. Pentingnya kaedah yang berhemat,bijak mencuri hati,menarik hati,dan memikat hati umat Isl...