Posts

Showing posts from June, 2009

rejab : bulan menyuluh diri

Image
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah,kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya" (Surah As Saff,ayat 2-3) Hari ni,Selasa 23 Jun 2009 merupakan hari terakhir Jamadil Akhir 1430.Bila senja berlabuh,azan maghrib berkumandang bererti telah bermulalah bulan Rejab 1430.Berangkat pergilah Jamadil Akhir 1430 buat selama-lamanya.Tak akan kembali lagi.Perginya bersama sejarah kehidupan kita yang merakamkan segala kebaikan dan keburukan kerja buat kita selama sebulan lalu.Nantinya akan berlalu pula Rejab dan akan disusuli dengan Syaaban dan kemudiannya Ramadhan al Mubarak. Aduhai ... pantasnya masa bergerak datang dan berlalu pergi.Menjengah dan meninggalkan aku yang masih terkapa-kapa di dalam membelek neraca mentafsir nilaian masa.Esok menjadi hari ini menjadi semalam dan kelmarin.Berdesup-desup masa mencantas usia sedangkan aku masih `pi mai pi mai dok tang tu juga'.Sebal rasanya!...

23 Jun 2002 - Al Fatihah!

luasnya neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia t ida k biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka t ida k layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.' Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, t ida k pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuan...

musibah untuk muhasabah

Image
Pagi ni cuaca terang dan bahang panas mentari mula terasa walau pun masih jam 7.50 pagi.Ketika ini aku,famili (kecuali Fatin dan Farah) bersama-sama lebih kurang 30 orang lain sedang bersenam (berjalan @ berjongging) di sekeliling Kolam MADA @ Pendang Lake,Pendang.Beriadah untuk kesihatan walau pun kekadang tertanya-tanya juga bolehkah sihat kalau ada ketikanya terpaksa bernafas di dalam asap kenderaan (motorsikal @ motokar) yang lalu lalang di minitar laluan jogging tu? Ketika jantung berdegup aktif tentunya kuantiti asap yang disedut masuk juga maksima! Aku berhasrat untuk berjalan cepat saja kerana aku feel relax @ santai-santai saja.Sambil jalan-jalan melihat mentari yang semakin meninggi - terbetik di hati ini - pasti ketika ini ramai umat Islam yang sedang mengadap Yang Maha Esa melalui Dhuhanya. Merapatkan hati dan sanubari kepada Yang Mencipta.Memohon keberkatan kehidupan - sedangkan aku yang mula menghampiri `golongan warga emas' ini masih belum mampu untuk turut berbuat b...

di the water carnivall cinta sayang resort

Image
horse riding syok nyerr main ayaq! Program hari kedua di Water Carnivall ini dibenarkan berlanjutan hingga jam 6.00 petang tetapi aku dan famili terpaksa pulang jam 12.00 tengahari sebaik saja juadah makan tengahari yang dipack telah diterima.Petang ni juga terpaksa hantar anak-anak balik ke asrama sekolah kerana esok sesi pengajian dah akan bermula.So kalut jugalah ni.

hari keluarga pejabat kesihatan daerah pendang

Image
Hari ni dan esok merupakan Hari Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.Tempat yang dipilih untuk berkampung ialah Cinta Sayang Golf & Country Resort ,Sungai Petani.Aku mengambil kesempatan ini untuk membawa isteri dan anak-anak bercuti dan bergembira dengan program-program yang telah disedia diatur oleh AJK Hari Keluarga PKD pendang 2009.Kebetulannya ketika ini semua anak-anak ada kat rumah kerana masih dalam tempoh bercuti. Agak awal bertolak dari rumah kerana aku bercadang nak singgah sebentar di Hasani Bookstore meninjau kalau-kalau ada bahan bacaan yang menarik.Lagi pun ketika ini Hasani Bookstore sedang mengadakan tawaran potongan harga yang lumayan.Hasilnya beberapa buah buku telah ku beli sementara anak-anak pula dengan buku latihan yang relevan dengan study masing-masing. Isteri dan anak-anak perempuan buat window shopping sementara menantikan aku dan anak-anak yang lelaki selesai solat jumaat di Masjid Sultan Muzaffar Shah.Selepas tu barulah bertolak ke Cinta Sayang un...

sedih + malu

Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia pada tahun 1996 oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bahan bacaan santai di samping buku-buku teks akademik dan kanak-kanak. Seperkara lagi, daripada hampir 600 buah institusi pengajian tinggi (termasuk 20 institut pengajian tinggi awam) sedia ada dengan tenaga akademik atau ilmuwan melebihi 20,000 orang, h...

dua hari cuti seronok nyerr

Image
2 hari bercuti.Seronoknya dapat spend masa sepenuhnya bersama keluarga.Hari pertama memandu Innova hitam tu melalui Sekolah Kebangsaan Pendang,Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang dan selepas tu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar di Jalan Sultanah,Alor Setar.Melihat-lihat pembangunan yang telah dilalui oleh sekolah-sekolah yang pernah aku menjadi penghuninya suatu ketika dahulu.Terasa hiba juga bila terkenangkan rakan-rakan yang sama-sama nakal diketika itu yang kini entah dimana berada mencari rezeki di bumi Allah SWT.Ada beberapa orang yang telah pun berpindah ke alam baqa,Al Fatihah!. Setelah tu barulah menghala ke Muzium Padi dan Taman Rekreasi Gunung Keriang.Tak ada apa-apa yang menarik di taman rekreasi tu kerana keadaannya terbiar (Mungkin kerana jauh dari pandangan Majlis Bandaraya Alor Setar kot).Sesuatu perlu dilakukan untuk upgrade kawasan ini supaya menjadi daya tarikan pelancung untuk kunjungan ulangan kerana value bisnes kristal ada di situ. Perjalanan balik men...

ke Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman

Image
Setelah agak lama tertangguh,akhirnya lebih kurang jam 10.30 pagi tadi sampailah aku & famili ke Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman yang merupakan antara hasil peninggalan Tan Sri Sanusi Junid semasa beliau menjadi Menteri Besar suatu ketika dahulu. Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM3 untuk dewasa (13 tahun dan ke atas),RM1 untuk kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) dan RM2 untuk kamera. Panjangnya tandan pisang tu! Banyak juga `patung' kat sini. Ruang lantai berputar sambil menikmati rentetan pemandangan suasana di sawah padi dan kampung-kampung melayu di pinggir sawah.Menarik sekali. Antara lukisan pemandang sawah yang dipaparkan di sini.Mungkin tahap`maintenance' perlu diambil perhatian kerana telah kelihatan tempat-tempat yang lukisan tu dah terkoyak. Antara peralatan pertanian padi di sawah yang dipamerkan.Satu pengalaman baru kepada anak-anak yang tak pernah kenal semua ini kerana dilahirkan dan dbesarkan di era jentera pembajak moden . Kucing bodoh? Tak caya?...

malek noor dah berubah

Image
Setelah lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkatheavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu. Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek. Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an. Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru. Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa. "Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan All...

artikel menarik - kena baca nih!

SAYA tertarik dengan hasrat untuk meningkatkan tahap gaji pekerja kita kepada tahap yang lebih tinggi. Maknanya gaji pekerja kita lebih tinggi daripada sekarang. Ini sesuatu yag sudah lama patut dilakukan. Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka. Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus. Kalau tengok Singapura, menteri mereka gaji paling lumayan. Perdana Menteri mereka gaji berpuluh ganda gaji Presiden Amerika Syarikat. Sebab apa? Sebab orang putih kata, "kita bagi kacang, kita dapat monyet." Yang naik berpuluh kali ganda di negara kita bukan gaji pekerja tapi harga rumah, harga hartanah naik gila-gila. Sebab apa? Bukan orang yang beli ruma...

masa lebih mahal dari emas

Kita sering mendengar ucapan masa adalah emas. Namun Islam menyatakan ia lebih mahal dari emas. Islam juga amat mengambil penting terhadap masa ini. Mudah2an artikel ini dapat memberi kekuatan bagi setiap muslim untuk memenuhi masa dengan baik. Masa amat penting bagi manusia. Ia lebih mahal drpada emas. Ini berdasarkan Firman Allah: "Sesungguhnya org2 kafir dan mati dalm kekufuran, maka tidak diterima jika mereka hendak menebus terhadap kesalahan mereka dengan emas sebesar bumi... (Surah Ali Imran : 91) Ini kerana mereka tak menggunakan masa sebaiknya untk beriman dan beramal ketika mereka di dunia.Allah Juga akan menjadikan masa sebgai hujjah untk mendakwa manusia. Firman Allah: Bukankah kami telah memberi masa dan umur pd kamu, kalau kamu manfaatkannya dgn keimanan dan ketakwaan pasti kamu dapat manfaatkannya dan telah tiba peringatan pdmu. Maka rasailah azab seksa dan tidak ada penolong bg og2 yg zalim.(Fatir: 37). Diantara perkara menunjukkan pentingnya masa ialah Allah s.w.t ...

life is great!

Hidup ini memang hebat.Memang indah jika kita mahu memandang nya dengan kaca mata yang positif dan bersangka baik dengan alam sekitar kita.Menunaikan tanggungjawab dengan seikhlasnya dan mematuhi peraturan yang digariskan oleh Al Khalik,then kita tak ada apa-apa yang nak dirisaukan lagi.Jalani saja kehidupan ini dengan seadanya. Tak perlu untuk kita berhutang keliling pinggang untuk memiliki sebuah Kompressor andainya Sunny yang kita miliki sekarang pun tak pernah mengecewakan kita untuk diajak ke mana pun.Tak perlu kita miliki rumah besar sedangkan rumah teres yang sediada sekarang ni pun bersawang di penjuru dinding kerana tak sempat nak do housekeeping.Lagi pun lastly nanti anak-anak akan kahwin dan masing-masing akan keluar dengan kehidupan sendiri,yang tinggal hanyalah kita berdua suami isteri.Time tu nak panjat tangga ke tingkat atas pun dah ketaq lutut. So jangan bebankan fikiran kita untuk nak ada seperti yang jiran-jiran kita ada.Kita kena bijak untuk memilih priority.Mana yan...