Posts

Showing posts from August, 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

31 Ogos datang lagi bersama perasaan bercampur baur samada nak berbangga atau tidak dengan kemerdekaan ini.Kabur mencari makna `merdeka' diketika kehidupan seharian semakin payah.Sukar mau merasa bangga ketika susur galur kehidupan ummah semakin berantakan.Buang bayi merata-rata,pembunuhan, rompakan yang semakin tragis,kemalangan jalan raya yang semakin `malang' - sekadar nak menyebut beberapa perkara yang acapkali mendebarkan bila menatap beritanya di dada-ada akhbar. Aku mengimpikan suatu ketika nanti Perdana Menteri Malaysia akan bangun memberi ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan kata-kata "Oleh kerana Malaysia ini adalah milik Allah swt,makanya kita tidak akan membangunkan Malaysia mengikut acuan kita sendiri tetapi akan mengikut acuan Islam" Aku akan bangun berteriak .... Merdeka! Merdeka! Merdeka! Allahhu Akbar!

Buat Visa Ke Arab Saudi

Image
Petang tadi aku dan isteri ke Pejabat Tabung Haji kerana nak serahkan Passport Malaysia.Pihak Tabung Haji dalam proses nak menyediakan visa memasuki negara Arab Saudi bagi jemaah-jemaah haji musim haji tahun ini. Menurut Tn. Haji Kamarul,Pegawai di Pejabat Tabung Haji Pendang - Insha Allah! dalam jangka masa 1 minggu lagi jemaah haji yang terpilih untuk ke Tanah Suci akan menerima surat makluman mengenai tarikh penerbangan masing-masing. Alhamdulillah!

Kifarahkah ini ???

Hari ni dah hari kedua aku berada dalam keadaan tidak selesa.Kesan dari terlekat tulang ikan keli.Tak sakit sangat tapi tak selesa kerana telan air liur pun terasa perit. Kisahnya waktu berbuka puasa petang tu terliur plak aku tengok sibongsu Muhammad Nabil Farhaan tu meratah ikan keli sambal (memang favourite dia sambal ikan keli tu - tiap-tiap hari berbuka puasa itulah yang dimakannya bersama nasi putih).Aku pun mencubit sedikit isi ikan tersebut dan menyuap nya.Si Farhaan menegur "awat abah ni besa-besa tu tak makan pun" Aku tak jawab apa-apa pun.Masuk suapan kedua - erk! tulang ikan keli tu dah terlekat kat kerongkong.Aku cuba menjolok dengan jari telunjuk ku.Tiga empat kali rasa nak termuntah tapi tak tercapai juga ke tempat tulang tu tercucuk. Itulah kisahnya.Tergerak hati bagai ditarik-tarik untuk merasa isi ikan keli itu tapi tulang plak yang dapat. Aku muhasabah diri.Apakah yang berlaku ini satu signal peringatan untuk ku? Apakah ini kifarah untuk ku.Kata orang sakit...

plan your work & work your plan!

Subhanallah! Itulah suatu kalimah yang tepat dan jitu buat ku di ketika ini. Insha Allah! Detik ini akan ku susunatur semula perancangan dan terus laksanakannya. Alhamdulillah!

Awat la ni senyap ja .....

Itulah satu saoalan yang telah disuarakan oleh isteri tersayang ketika suatu petang sedang kami berbuka puasa.Kami itu terdiri dari 3 orang iaitu aku,isteri dan sibongsu Muhammad Nabil Farhaan.4 orang lagi anak-anak berada di asrama sekolah dan ipt. Entahlah aku pun tak tau nak jelaskannya.Yang nyatanya buat masa ni pergolakan dalaman sedang hebat melanda.Antara harapan yang terlalu maksima sedangkan persiapan yang terlalu minima makanya aku jadi tak keruan begini.Harapan untuk menggapai haji yang mabrur sedangkan hakikatnya hingga saat ini pun aku masih tak dapat nak menghafal doa-doa yang wajar untuk dilafazkan semasa disana nanti.Persiapan material seperti beg besar,kain ihram,talipinggang dll itu dah ada - tetapi bagaimana dengan persiapan mental??? Ada kawan-kawan yang berkata "Bukan susah sangat nak buat haji ni.Rukun dengan syarat-syaratnya bukan banyak sangat,takkan laa tak boleh follow kot!!!" Hakikatnya kategori haji itu yang wajar dipandang berat.Pastinya yang diin...

Menangis Dalam Tidur

S esuatu yang masih menjadi tandatanya.Mengapa ianya berlaku sebegitu??? Kisahnya pagi semalam kerana terlalu mengantuk aku tidur semula selepas bersahur.Ketika itu sekitar jam 5.30 pagi.Isteri dan sibongsu,Farhaan pula dengan urusan persiapan diri kerana jam 6.45 pagi nanti akan keluar ke sekolah masing-masing. Ketika tidur inilah kedengaran suara ku menangis teresak-esak.Tangisan dalam tidur lena.Isteri ku bertanya mimpi apa yang sedih sangat hinggakan menangis gitu.Sibongsu juga mengesahkan mendengar tangisan ku itu. Aku cuba refresh memory - seingat aku,aku tak mimpikan apa-apa pun. Kebiasaannya kita akan dapat mengingati apa yang kita mimpikan semasa tidur apabila kita jaga nanti.Malah kita mampu menyambung mimpi yang terputus dek terjaga kembali menyambung tidur.Tapi tadi tu aku tak mimpi apa-apa pun! Apakah yang tersirat ni! Mungkinkah yang menangis itu adalah ROH ku.Menangis mengenangkan haknya yang terabai.Sewajarnya ketika itu waktu pengisian rohani dengan ibadah dan jasmani ...

sibuk giler nih!

Image
Hanya baki 66 hari saja lagi akan tiba tarikh untuk penerbangan ke Tanah Suci,itu pun kalau tarikh tahun ini sama dengan tahun 2009.Namun mengikut maklumat lisan yang aku perolehi dari pegawai di Tabung Haji kebiasaannya tarikh penerbangan akan lebih awal sekitar 10 hari dari tahun sebelumnya - maknanya hanya ada lebih kurang 56 hari saja lagi.Tak sampai pun 2 bulan lagi nih! Macam mana nih! Persiapan masih berantakan.Persiapan rohani dan jasmani masih haru biru.Bukan setakat biru saja - dah merah,hijau, pink,purple,hitam,dah berkaler-kaler pun.Dah mula gelabah nih! - Doa tu doa ni pun tak ketahuan hala lagi. Macam mana nih! Belek buku tu tak kena buka buku ni tak kena.Tak tau nak baca yang mana satu- macam ni gaya boleh dapat ker Haji Mabrur??? Batasan masa yang ada ini menjadikan aku sibuk giler.Sibuk mengatur masa agar terisi dengan hal-hal yang sewajarnya.Ibarat orang yang sedang kelemasan - yang difikirkan sekarang ialah mahu berenang ke daratan.Tak terfikir lagi pakaian yang basa...

Kelebihan Ramadhan dan Solat Tarawih

Image
KELEBIHAN RAMADHAN Hadith 1 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: ...

Dah Pun Ramadhan alMubarak

Image
Menepati ketentuan Illahi maka Ramadhan pun muncul menggiliri Syaaban yang berlalu pergi bersama catatan amal oleh malaikat Raqib dan Atiq.Rejab dan Syaaban telah berlalu dan yang ada kini baki usia untuk menempuhi Ramadhan alMubarak - samada kita akan dapat me`mubarak'kannya atau pun hingga akhirnya nanti hanya Ramdhan alMubarak itu hanya pada namanya sahaja dan kita tak dapat apa-apa waima Lailatul Qadar pun juga. Itulah yang menakutkan aku diusia yang semakin senja ini.Di tahap usia yang sewajarnya ilmu di dada dah ampuh tetapi yang nyatanya aku masih jahil segalanya.Astaqhafirullah!!! Ramadhan ini ku lalui dengan debaran yang lebih berganda lagi.Pertamanya kerana telah diistiyharkan Rabbul Jalil bahawa pada bulan ini iblis dan syaitan akan dirantai dan tidak akan dapat menggoda makhluk manusia.Yang hanya tinggal ialah hawa nafsu manusia sahaja. Yang dibimbangkan ialah apakah nilai ibadah ku di Ramadhan 1413 ini ? Apakah masih sama seperti Ramadhan yang lalu atau pun ada pening...
Image