Posts

Showing posts from September, 2011

442 jemaah berlepas jam 1.30 pagi 29.09.2011

Image
Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis: "Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”. (Diriwayatkan oleh Anas r.a.) Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim 1432 Hijrah seramai 442 orang telah pun berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA), Sepang.Mereka adalah sebahagian dari 28,000 jemaah dari Malaysia yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Jemaah haji ini diterbangkan dengan pesawat Saudi Airlines dan dijangka tiba di Madinah sekitar jam 5.25 pagi (waktu Arab Saudi) dan dijangka pulang ke tanah air pada 12 November,2011 melalui Jeddah. Penerbangan terakhir ialah pada 30 Oktober,2011 dan dijang...

Syarahan Kursus Haji

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32.

Thaharah dan Solat Menghormati Waktu

Sepanjang tempoh perjalanan dari rumah kediaman ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sehinggalah kembali semua ke kediaman asal - jemaah haji adalah seorang musafir.Lantas mestilah ilmu fekah berkaitan thaharah dan solat juga wajib didalami kerana ada ketikanya nanti ilmu itu akan diamalkan. Keadaan wuduk yang tidak batal walau pun bersentuhan kulit dengan bukan mahram asalkan tidak terasa ghairah hanya boleh diamalkan semasa urusan mengerjakan tawaf di Masjidil Haram sahaja iaitu bermulanya perjalanan dari hotel sehinggalah selesai mengerjakan tawaf.Dibenarkan dalam Mazhab asShafie kerana dharurat iaitu ramainya orang bersesak-sesak di sana sehingga amat sukar untuk mengelak dari bersentuhan dengan bukan mahram.Namun lain-lain perkara yang membatalkan wuduk seperti kentut,buang air dsbnya tetap akan membatalkan wuduk semasa di sini. Keadaan di Padang Arafah yang minima kemudahan air mungkin akan memaksa jemaah haji untuk bertayammum dan berinstinja menggunakan bahan selain dari air.Anggot...

Fasa-Fasa Ibadah Haji

Sememangnya ibadah haji itu merangkumi 3 fasa yang setiap satunya mustahak kerana ianya saling berkaitan dan mempengaruhi di antara satu sama lain.Setiap satunya penting di kedudukan masa dan suasana yang berbeza. Fasa 1 - berada di Malaysia membuat persiapan rohani dan jasmani untuk ke sana Fasa 2 - berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah melaksanakan segala tuntutan rukun dan wajib haji serta ziarah sebagaimana yang telah disyariatkan. Fasa 3 - berada semula di Malaysia dan menjalani kehidupan sebagai seorang `haji dan hajjah' yang susun atur kehidupan sehariannya adalah terjemahan dari hasil didikan rohaniah dan jasmaniahnya dari ibadah haji. Fasa 1 Persiapan Rohani : 1. Usaha yang dilakukan untuk menyemai,menyuburkan dan memantap mana melalui ilmu dan amal terhadap ibadah solat,puasa dan zakat supaya ibadat haji tidak menjadi sendirian dan tidak dikepit rapat oleh ibadah-ibadah lain.Terutamanya solat kerana tiada maknanya ibadah haji jika ibadah solat masih berantakan.Penghayat...

Program Realiti YB Mat Sabu - Mat Indera

Seronok betul bila dok ikuti kisah Mat Sabu - Mat Indera yang sedang heboh hangat sekarang nih kat suratkhabar,tv dan juga blog-blog.Seolah-olah sedang menonton program realiti kat tv plak. Satu demi satu personaliti muncul bersuara.Dari tokoh politik ke tokoh akedamik dan berbagai -bagai tokoh disiplin lain lagi.Semuanya mahu memberi pendapat dengan berbagai-bagai intonasi agar didengari. Pastinya umum melihat dan mendengar semua itu dengan berbagai-bagai persepsi penilaian terhadap individu berkenaan.Dan pastinya ada yang tertanya-tanya ditahap manakah tahap akedamik @ ketokohan individu tersebut? Teringat dalam suatu ceramah (bukan ceramah politik) Dato Dr. Harun Din ada bercerita - cerita misalan.Kisahnya dalam satu mesyuarat yang sedang membincangkan satu masalah berbangkit dan mahu memutuskan jalan penyelesaiannya.Rata-rata ahli mesyuarat memberi pendapat - mencadangkan atau membangkang tetapi ada seorang ahli mesyuarat tu diam jerr tak bersuara. Masing-masing tertanya kenapa dia...

Kitab Shahih Tafsir Ibnu Katsir

Image
Koleksi Santapan Minda ku bertambah lagi.... Sampai dah Kitab Shahih Tafsir Ibnu Katsir yang aku pesan dari Mujahid Resources, Kajang, Selangor.Bertambah lagilah bahan untuk aku mengisi masa dan usia emas ini.Semoga aku berkesempatan untuk menelaahnya sehingga khatam,Insha Allah! Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan servis En. Mujahid.Cepat dan packagingnya pun bagus dan tidak ada kerosakan fizikal pada kitab-kitab tersebut disebabkan oleh transportation. Jika anda ingin memilikinya juga bolehlah berhubung dengan En. Mujahid di 0123657440 Satu jilid lengkap mengandungi 9 buah terbitan Pustaka Ibnu Katsir dan harganya di toko-toko buku di Alor Setar sekitar RM800 jika pesanan pos dari En. Mujahid ni cuma RM530 sahaja dan kos pos percuma. Di ketika ekonomi gawat kini dimana tuntutan untuk berjimat cermat amat perlu sedangkan menuntut ilmu adalah wajib makanya di sinilah tersedianya pilihan. Bermulanya dengan Tafsir Ibnu Katsir dan kini dinamakan Shahih Tafsir Ibnu Katsir. Persoa...

Petua Awet Muda dari Ustaz Haji Abdul Kadir Yahaya

Amalkanlah dari sekarang ketika usia anda masih muda.Semoga dengan izin Allah SWT ketika dimamah usia anda akan tetap kelihatan muda.Waima lelaki atau pun wanita. Apabila terjaga dan bangun tidur di awal pagi baca 3X Surah Al-Fatihah kemudian hembuskan wap dari dalam tubuh anda melalui mulut ke tapak tangan anda lalu sapulah tangan itu ke keseluruh muka anda.Insha Allah! Ketika bangun tidur badan kita masih hangat dan haba itulah dengan barokah Surah Al-Fatihah dapat menjadikan anda awet muda.Lakukan setiap hari ketika bangun tidur.Jika ketika itu anda (wanita) sedang dalam period niatkanlah Surah Al-Fatihah itu sebagai zikir. *Ustaz Haji Abdul Kadir Yahaya adalah mantan Imam Besar Masjid Zahir (Masjid Negeri Kedah Darul Aman) dan kini adalah salah seorang Pembimbing Haji Lembaga Tabung Haji Malaysia)

Royal Professor Ungku Aziz reveals secrets to success”

Image
KUALA LUMPUR: What are Royal Professor Ungku Abdul Aziz's secrets to success? One of them is to read nine books. This includes Harvey Diamond's Fit for Life, Not Fat for Life, Edward De Bono's Thinking Course, Tony Buzan's Mind Map, Head First and The 36 Strategies of the Chinese: Adapting An Ancient Chinese Wisdom to the Business World by Wee Chow Hou and Lan Luh Luh. Others are Jim Collins' Level 5 Leadership, Sun Tzu's Art of War, Nicollo Machiavelli's The Prince on the Art of Power and Leader's Window by J.D.W. Beck and N.M Yeager. The 87-year-old voracious reader said the books provide an insight on how to be good and successful leaders. Citing an example, he said Edward De Bono's Thinking Course promotes lateral thinking. "The book teaches you to think differently," he said in his lecture "Quest For Success" as part of the Merdeka Award Lecture Series. He was a recipient of the award last year, in the education and community...

Syukur nikmat Mu,Ya Allah!

Image
Room 325,Hotel McKartz,Kuala Lumpur

Jamuan Hari Raya Koperasi SMKSI

Image
Jamuan hari raya di adakan pada 8 September,2011 di Restoren Anjung Muara,Tanjong Dawai. sedang menjamu selera beres dah..... posing kat tepi pantai sebelum balik.Malamnya nanti nak bertolak ke KL plak!

Seruan Iqra'

Image
sebuah papan tanda di Bandaraya Alor Setar yang menggamit minda & iman kepada ayat suci yang pertama di turunkan kepada Rasulullah SAW

Famili Gathering @ Radix Fried Chicken

Image
Hari ini Bangah,Fatin dan Farah akan kembali ke kolej kediaman/asrama masing-masing.Aku dan isteri merancang untuk makan-makan kat Radix Fried Chicken,Shahab Perdana,Alor Setar. Yang tinggal kat rumah sekarang ni hanyalah Along yang sedang menanti tarikh mula bekerja dan sibongsu Mohammad Nabil Farhaan.Baiti Jannati ku akan sedikit kesunyian. Sedap nyerr! Ralat skit kerana ada beberapa menu yang out of stok.Kempunan hehehehe.... Ya Allah Ya Tuhanku,aku bersyukur di atas nikmat Mu ... melihat anak-anak membesar dalam acuan yang menepati syariat Mu ...Amin!

Agenda Hari Raya Ku

Image
Syukur kerana perubahan cuaca yang berlaku membolehkan kehadiran Hari Raya Aidil Fitri tahun ni disambut dengan meriah.Jika beberapa hari sebelumnya hujan turun dengan lebatnya hinggakan paras air di Sungai Pendang telah melimpahi tebing dan air sungai yang sebak ini telah membanjiri beberapa buah kampung di pinggir sungai.Hari raya yang pertama dan kedua langit cerah dan hujan dah tak turun. Aku plak bila dah bergelar warga emas nih - `what to do' sambutan aidil fitri kali ni macam biasa sahaja.Lepas solat sunat aidil fitri,beraya ke rumah emak dan bapa pastu ke rumah mertua di Kepaka Batas,Alor Setar dan saudara mara terdekat sebelah mertua - abis dah satu hari. Hari raya kedua beraya ke rumah saudara mara terdekat sebelah bapa dan petangnya ke rumah keluarga mertua adik Noor Azam di Sungai Derhaka sebelum balik singgah sat kat Pekan Tanjung Dawai tengok apa-apa yang sesuai kalau nak dibeli. Komen isteri ku - tak perlu beli apa-apa lah kerana harga-harga ikan bilis,ikan ...