Posts
Showing posts from September, 2009
kisah malik bin dinar
- Get link
- X
- Other Apps
Nama Malik bin Dinar tidaklah asing lagi jika kita merujuk kepada kisah-kisah tauladan di zaman Rasulullah SAW.Seorang insan yang terkenal dengan tabiat buruk dan melakukan pelbagai dosa besar sehinggakan sukar untuk beliau menikahi mana-mana wanita pun di zaman itu.Akhirnya pilihan yang ada ialah berkahwin dengan seorang hamba sahaya sahaja.Wanita yang lebih berkedudukan tidak sudi bersuamikan beliau. Masa berlalu dan hamillah siisteri.Gembiranya Malik bin Dinar kerana akan bergelar bapa.Namun tak lama bayi perempuan itu menjadi penghuni dunia ini ia pun kembali ke rahmatullah.Malik teramat sedih dan sering menangisi nasibnya. Suatu malam ia bermimpi yang amat menakutkan.Dia dikejar oleh suatu lembaga yang besar dan menakutkan.Lembaga itu mengancam beliau dan beliau terus berlari tetapi di hadapannya terbentang satu lembah yang luas dipenuhi oleh api yang sedang marak menyala.Apa yang nak dilakukannya untuk menyelamatkan diri??? Kelihatan seorang tua yang berdiri di tepi lembah itu.Ka...
pekan pendang dah banyak berubah
- Get link
- X
- Other Apps
Pagi Selasa 22 September,2009 sebelum bertolak ke Baling,Padang Serai dan Kulim untuk beraya - aku drive kereta bawa famili ronda-ronda sekitar Pekan Pendang.Macam pelancung luar yang baru mai Pendang la plak! Saja nak tunjuk dan nak cerita sikit kat isteri dan anak-anak apa yang ada kat Pendang ni dulu dan kini.Orang tak ramai lagi kat Pekan Pendang kerana hari raya ke 3 tentu masing-masing ramai yang keluar dari Pendang beraya ke rumah saudara mara. Pokok besar ini (berhampiran Kembara biru) adalah asas permulaan Pekan Pendang Penduduk tempatan memanggil telaga ini `Telaga Kerajaan'.Air telaga ini mulanya digunakan untuk memandikan gajah.Airnya tidak pernah kering.Keadaan ini banyak membantu penduduk Pekan Pendang dan sekitarnya semasa musim kemarau.Pihak kerajaan membaikpulih telaga ini dengan binaan kok dan apron menjadikan struktur telaga ini lebih sempurna.Ketika itu belum ada lagi bekalan air paip.Sebab itulah dinamakan telaga kerajaan. Bangunan yang kelihatan itu ialah Pend...
selamat hari raya aidil fitri 20092009
- Get link
- X
- Other Apps
1 Syawal 1430 bersamaan 20.09.2009 - hmmm angka yang menarik tu.Aidil Fitri 20092009.Cantik! Cantik! Tapi angka tetap angka yang membawa pengertian yang berbagai kepada setiap individu.Ada orang yang begitu teruja dengan angka-angka menarik gini untuk sumber pelaburan.Kena tak pa tak kena tinggai celepa.Dah usaha tapi tak dak rezeki nak buat lagu mana .... Astaqfirullah! Ghaya ghaya pun hangpa buat kerja juga?? Usaha bang.....usaha ....cari duit ghaya ... ish! ish! ish! Teringat aku zaman dok sekolah lagi.Ada eksiden dekat simpang 3 Masjid Pendang.Masa tu Pasaraya Pendang tu tak dak lagi.Seingat aku tang tu ada Dewan Orang Ramai dan ada kot sepak raga.Aku plak masa tu dok kayuh gerek nak pi sekolah.Eksiden antara motor dengan apa ntah la dah lupa.Orang pun berkerumun sakan la nak tengok sapa yang eksiden tu. Aku ni tertinjau-tinjau dari belakang.Nak tengok tak nampak,nak masuk dekat tak dak ruang nak menyelit.Celah-celah tu aku terdengar la perbulan camni; A : ambik nombot moto tu....a...
tarian poco-poco hmmmmm bahaya nih!!!
- Get link
- X
- Other Apps
From: Haziati binti Hatim Date: 2009/8/27 Subject: Fwd : Tarian Poco_poco anda Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa real) iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini "Assalammualaikum. Alhamdulillah kerana Kita semua masih bernafas lagi dgn keizinan Nya.Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacar...
malam tujuh likur
- Get link
- X
- Other Apps
Malam ni dah 27 Ramadhan.Dipanggil juga malam tujuh likur.Kalau diimbas kembali zaman budak-budak dulu malam tujuh likur ni meriahnya kurang skit saja dari malam raya.Panjut dah mula dipasang dan dinyalakan.Pelita minyak gas pun dah mula dinyalakan dan berterusan setiap malam hinggalah malam raya.Meriah sangat masa tu.Berkeliling kampong dengan kawan-kawan.Bercampur budak lelaki pompuan pun tak pa masa tu.Otak putih bersih lagi.Belum ada lagi pencemaran ngan kaler kuning @ blue.Main aci geng,main aci sembunyi - itu pada yang lasak sikit kalau yang slow-slow tu main jengkek atau main tauk getah.Kalau lapar dahaga pun tak kisah sangat sebab satgi habis orang terawih,hidangan more dah sedia ada.Tadinya pulun main,time tu pulun suap pulak.Seronok sangat! Time tu kalau ada budak-budak hilang pun tak risau sangat.Satgi lepas sembahyang kena minta bantuan tok imam lah pulak.Tak pasal-pasal tok imam pulak kena join main aci sembunyi sama.Lepas tok imam baca-baca ayat Quran tu,jumpalah yang hil...
what do you think ???
- Get link
- X
- Other Apps
Ini adalah photo mamat yang dah berjaya memanjat dan melambaikan tangannya di puncak bangunan Menara Berkembar Petronas yang setinggi 88 tingkat tu. Dari berbagai-bagai sudut dapat kita huraikan photo @ kejadian ini. Dari sudut nilai motivasi diri mamat tersebut dapat kita contohi betapa semangatnya yang tak berputus asa untuk terus mencuba dan akhirnya berjaya.Begitulah semangat yang wajar kita bina dalam diri kita untuk menggapai sebuah `KEJAYAAN' di dalam apa saja kerja buat kita.Prinsipnya : buat yang betul dengan betul-betul,Insha Allah! Kalau ditinjau dari sudut keselamatan negara,rasa risau sangat-sangat.Apa yang pegawai-pegawai keselamatan kita buat pun tak tau laaa.Mamat tu nak sampai ke atas tu bukannya seminit dua takkan laa tak ada sistem alarm kat mana-mana pun...... Macam mana laa kalau ada orang pi ceroboh masuk ke loji-loji air yang dok supply air paip kat kita tu,tuang racun kat dalam tu.....Masya Allah! petikan berita : SPIDERMAN TAWAN PUNCAK MENARA BERKEMBAR PETR...
pendang hujan lagi laaaaa
- Get link
- X
- Other Apps
Pagi ni hujan turun lagi.Dah hampir seminggu camni.Kalau hujan tu berterusan begini maknanya aidil fitri tahun ni akan disambut bersama siraman air hujan.Anak-anak kecil tentu belemoih pakaian ghaya dengan selut atau air keleboq.Tak pa laa yang penting ghaya tetap ghaya. Tu pun kira ok la juga sebab sebelah petang tak hujan.So penjaja pasar ramadhan tetap dapat berniaga dan mungkin nak full speed minggu terakhir nih.Dari aneka lauk pauk akan beralih pula kepada aneka jualan koi ghaya.Bermacam-macam bentuk beraneka warna cuma kadang-kadang tu rasanya samaaaaa saja. Berniaga adalah sumber rezeki yang turut diceburi oleh Baginda Rasulullah SAW malah telah dinyatakan bahawa 90% daripada punca rezeki ada dibidang perniagaan.Perlu diingat kejujuran dan keikhlasan dalam perniagaan adalah kriteria utama untuk mencapai keberkatan dari 90% rezeki tersebut. Sekadar menyebut (semoga ianya hanya satu kesilapan @ technical error hmmmmmmm....) pernah aku beli koeteow kerang yang telah sedia dibungkus...
safar mencari mardatillah
- Get link
- X
- Other Apps
"Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),dan bertaqwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" Surah Al Hasyr,ayat 18 Betapa Rasulullah SAW amat menyayangi kita,bagaimana pula tahap kasih sayang kita kepada Baginda Rasulullah SAW ??? Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. ‘Bolehkah saya masuk?’ tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, ‘Maafkanlah, ayahku sedang demam’, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, ‘Siapakah itu wahai anakku?’ ‘Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,’ tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. ‘Ketahuilah, ...
- Get link
- X
- Other Apps
"Harga diri individu itu berdasarkan apa yang dilakukan bagi memperbaiki dirinya" Ramadhan telah pun menghampiri penghujungnya sedangkan perubahan yang ku janjikan kepada diri sendiri masih jauh untuk menandakan kejayaan.Dugaan kehidupan dan nafsu nafsi begitu berat selari dengan iman yang tipis.Seringkali lain yang dirancang lain yang ku lakukan. Ya Allah Ya Tuhanku,Kau permudahkanlah urusan dunia ku! Ya Allah Ya Tuhanku,Kau permudahkanlah urusan ibadahku dan janganlah kau sukarkannya dengan urusan dunia,Ya Allah! Ya Allah Ya Tuhanku,kau suburkanlah sifat istiqamah beribadat dalam hati dan diriku,Ya Allah! Ya Allah Ya Tuhan ku,Kau permudahkanlah Ya Allah dan janganlah kau sukarkan urusan dunia ku dan urusan akhirat ku Ya Allah! Kau berikanlah aku pertunjuk Mu,Ya Allah Kau berikanlah aku hidayah Mu dan aku mohon Ya Allah janganlah kau balik-balikkan lagi hati ku setelah Kau beri pertunjuk dan hidayah Mu. Hanya kepada Mu Ya Allah tempat untuk aku memohon pertolongan dan perlin...
- Get link
- X
- Other Apps
" Hai orang-orang yang beriman,bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang dilakukannya untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan" - Surah al-Hasyr Ayat 18 - "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah,Dia (Allah) akan adakan baginya jalan keluar (penyelesaian masalah) dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya" Surah al-Talaq,Ayat 2-3 * JANGANLAH KITA MEROBEK AKHIRAT UNTUK MENAMPAL DUNIA*
jom solat dhuha
- Get link
- X
- Other Apps
HOTD- shOlat-dhuha Bagaimana nak tentukan masuknya waktu Dhuha ni? Waktu Dhuha ini bermula setelah susulan waktu selama sepertiga daripada perbezaan waktu subuh dengan waktu matahari terbit atau secara puratanya selama 28 minit selepas waktu matahari naik (waktu syuruk) Contoh : waktu Syuruk 7.08 pagi ==> waktu masuk Dhuha : 7.36 pagi Jom kita gapai tawaran istimewa dari Allah SWT ini,Insha Allah!
aku mesti jadi JUARA !!!
- Get link
- X
- Other Apps
Pagi ini telah ku kemaskan laci-laci minda ku.Telah ku susun semua kertas kerja perancangan niaga.Telah ku senaraikan tindak kerja yang perlu dilakukan segera tanpa menangguh masa.Telah ku updatekan Single Day Action. Telah ku bersihkan habuk-habuk yang lama terkumpul dan mengotorkan laci minda ku.Telah ku musnahkan nota-nota masa silam yang menjadi penebat kelancaran pandangan ke masa hadapan.Telah ku bakul sampahkan semua kenangan negatif semalam dan hari ni aku tak mahu mengenangnya lagi. Aku mesti menjadi orang baru.Bersemangat baru.Jati diri baru.Imej baru. Subuh ini,di atas sejadah keimanan dan ketakwaan,aku memanjatkan doa kepada Mu,Ya Allah! AKU MAHU JADI JUARA ...... AKU JUARA,INSHA ALLAH!
منجان مينتاليتي Ø¥Øسان
- Get link
- X
- Other Apps
Øديث رسول الله ÙŠÚ Ø¯Ø±ÙˆØ§ÙŠØªÙƒÙ† اوليه سيدنا عمر الخطاب،ملائكة جبريل برتاڽ سؤالن برايكوت كڤد رسول الله "... خبركن كڤد كو ØªÙ†ØªÚ Ø¥Øسان؟ " جواب رسول الله "Ø¥Øسان ايت اياله Ø§Ú ÙƒØ§Ùˆ مڽمبه الله سأوله-اوله Ø§Ú ÙƒØ§Ùˆ مليهت Ú½،تتاڤي جك Ø§Ú ÙƒØ§Ùˆ تيدق مليهت Ú½ مك كتاهويله Ø³Ø³ÙˆÚ Ú¬ÙˆÙ‡Ú½ دي مليهت Ø§Ú ÙƒØ§Ùˆ ا Ù„Ú ÙƒÙ‡ ايندهڽ جك كيت داڤت دتيق اين ممولاكن نية دان اوسها اونتوق منجان مينتاليتي Ø¥Øسان اين د دالم كهيدوڤن كيت،اينسها الله
nak jadi penulis
- Get link
- X
- Other Apps
Kata otai : kalau nak jadi penulis anda kenalah menulis setiap hari. Tanpa apa-apa alasan yang membantutkannya.Hmmmm boleh ke gitu??? Pokok pangkalnya - hendak seribu daya dan tak hendak seribu dalih.Jika inginkan kejayaan - jangan banyak alasan. Rintangan dan dugaan disepanjang perjalanan hanyalah cabaran untuk mendewasakan akal dan fikiran bahawa kita sebagai hamba hanyalah mampu mentadbir tetapi endingnya adalah takdir Yang Maha Esa. Di satu segi yang lain pula Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa doa kita mampu mengubah takdir.Ertinya peluang masih ada untuk kita memohon agar Allah SWT mengubah takdir supaya selari atau menepati tadbir kita.Andai takdir dari Nya masih tak menepati kehendak kita,ertinya apa yang kita tabdir itu bukanlah suatu yang terbaik buat kita.Mungkin Allah SWT nak tangguhkannya ke suatu masa yang lain atau pun dibatalkan terus demi untuk kebajikan kita.Kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui dan Allah SWT itu juga Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ibarat seperti...
rahsia tidur dan tahajjud
- Get link
- X
- Other Apps
TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan k...