Posts

Showing posts from October, 2010

Perjalanan Ibadah 3

Image
Dijangka tiba di Makkatul Mukarramah

Perjalanan Ibadah 2

Image
Jam 1.20 pagi melapur diri dan menghadiri sesi taklimat sebelum bertolak ke Madinatul Munawwarah dengan Saudi Airline jam 5.20 pagi.Dijangka tiba ke Tanah Haram Madinah sekitar jam 9.30 waktu Saudi Arabia.

Perjalanan Ibadah 1

Image
3.00 petang - bertolak dari Lapangan Terbang Kepala Batas ke Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur.Dijangka tiba sekitar jam 4.00 petang dan akan ke Komplek Haji Kelana Jaya.

Nota Diri 15 Oktober 2010

Image
Jam 2.00 pagi.15 Oktober 2010.Pagi hari Jumaat - penghulu segala hari.Hari yang penuh barokah dan aku detik ini masih lagi termangu menatap skrin laptop. Fikiran menerawang jauh memikirkan diri sendiri - pada hari-hari yang telah berlalu,hari ini dan hari-hari yang akan pasti mendatang,jika usia masih ada. Merenung muhasabah nilai diri sebagai seorang anak,seorang suami,seorang bapa dan seorang insan @ hamba Allah swt.Bagai mana telah aku laksanakan tugas dan tanggungjawab ku untuk semua peranan @ watak itu.Sedangkan usia ku sudah semakin lanjut.Hanya tinggal kurang dari 100 hari saja lagi untuk menjangkau usia 50an. Semakin dinihari.Kokok ayam sayup-sayup kedengaran. Mungkin dari peti suara ayam hutan yang menghuni semak samun belukar tapak hospital di belakang rumah tu.Belukar waima hutan tu turut juga dihuni oleh haiwan babi,harimau akar dan ular-ular dari spisis yang berbisa.Tak tahulah bila bangunan hospital itu akan wujud terbina tetapi yang pasti di situ telah menjadi ladang ter...

Aku yang baru - 15.10.2010,Insha Allah!

Image
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286. “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang kyusuk” – al-Baqarah : 45 “Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” - al-Insyirah: 5-6 “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal seseorang di antara mereka, b...

semakin tak sabar .................. safar ini!!!

Image
Pesan Rasulullah SAW "Carilah keredhaan Allah walau pun akan menimbulkan kemarahan manusia kerana Allah pasti akan bersama kamu dan janganlah kamu mencari keredhaan manusia sehingga mengundang kemarahan Allah kerana Allah pasti tidak akan bersama kamu "
Tika ini tetiba hujan menderu turun bersama angin kencang.Lebat dan titik hujan yang menimpa bumbung rumah kedengaran kasar bunyinya. Mungkin kesan dari angin yang kuat menghempas butiran hujan itu ke dada atap rumah ku makanya kedengaran begitu. Sudah lewat tengah malam namun kelopak mata ku masih lagi degil untuk ditaupkan.Masih mau menatap suasana malam bersama dengan getar dan debar hati dalam menanti tarikh 17 Oktober,2010.Tarikh untuk berangkat ke Tanah Suci Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munaw warah.Mengerjakan ibadah haji yang ferdhu. Rasa sayu dan sebak mula dirasakan.Bercampur aduk dengan debaran hati untuk berdepan dengan suasana baru di tempat yang baru yang belum pernah dihadapi dan dialami sebelum ini.Sayu dan sebak mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan.Bukanlah maksudnya aku tak yakin mereka dapat menguruskan diri masing-masing kerana dah dewasa kecuali sibongsu Farhaan yang akan dijaga oleh atuk dan neneknya) tetapi kerana perpisahan ini adalah lain dari yang lai...

Mencari Redha Illahi

Image
Ya Khaliq susah benar diri ini utk sujud utk mngakui kebesaranMu utk mnyedari dosa diri utk mnginsafi kekurangan peribadi utk mnyesali kekhilafan hati utk menangisi kejahilan diri utk mngingati akhirat yg pasti SubhanAllah. indah nian hidup ini seandainya dihujani redha dan kasih sayang Allah Saidina Ali Karamallahu Wajhah " beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah org yg hari ini lebih buruk dari semalam" Imam Ghazali Rahimallahu Taala " yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan, tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan semalam yang terluput mengukir sesalan yang ada hanya hari ini dan akan datang gunakanlah hari ini dengan sebaiknya kerana esok belum tentu milik kita sedangkan semalam telah pergi buat selamanya, " perbetulkan apa yg salah. perindahkan apa yg betul " ilmu tanpa amal ibarat poho...

Way Of Success,Insha Allah

Image
Marilah Mengerjakan Solat Marilah Menuju Kejayaan

Pesan Abah Ummu Hani

Jaga-jagalah bulan tarbiah ramadan ni dengan baik. Gunakan kesempatan ni untuk memperbanyakkan ibadah, baca Quran, kurang tidur mlm. Dan tambahkan kerja-kerja rutin dari biasa. Ia penuh baraqah. InsyaAllah Allah akan ganda dan berikan kemenangan seperti yang Allah berikan kepada para sahabat dan Rasulnya dalam pelbagai peristiwa besar yang berlaku pada ramadan. Ramadan bukan bulan rehat dan tidur dan bukan juga bulan perbanyakkan tonton TV. Jaga diri baik-baik, kerja-kerja untuk agama Allah adalah matlamat utama keluarga kita. Ingat kerja, ingat syurga Allah. Setiap apa yang kita buat azam untuk buat yang terbaik dan perbanyakkan syukur dengan apa yang Allah beri kepada kita. Jaga hati semoga ikhlas dengan apa yang dilakukan. Salam kasih ramadan untuk semua dari abah. abah. Nasihat abah (yang diemelkan) menjadi lampu dalam hati. Terima kasih abah. Nota : copy paste dari laman ummuhani.com - begitu meruntun hati kecil aku sebagai seorang abah kerana aku tak berpesan begini kepada anak-...

Rumah Terbuka Aidil Fitri Hasani Books Store

Hari ni jam 12.00 hingga 4.00 petang Hasani Book Store mengadakan rumah terbuka aidil fitri di Husain Nasi Kandar Bandar Baru,Sungai Petani. Dah dua hari lepas aku terima SMS jemputan dari Hasani Book Store tu.Satu approach yang baik telah dilakukan oleh pihak pengurusan syarikat itu dalam usaha menghargai sokongan pelanggan terhadap perniagaan mereka. Aku agak mungkin nombor handphone aku tu diperolehi dari borang peraduan cabutan bertuah yang di adakan tidak lama dahulu.Pelanggan yang membuat pembeliaan melebihi RM100 diberi peluang menyertai cabutan bertuah itu.(Kalau tak silap masa tu aku beli kitab Sirah Nabawiyah oleh Imam Nawawi Jilid 1 & Jilid II serta buku Manasik Haji yang jumlah kosnya melebihi RM100) Aku cadangkan pihak pengurusan Hasani Book Store akan menggunakan kaedah SMS begini juga untuk menjemput pelanggan datang apabila ada promosi jualan istimewa (special offer discount).Seronok shopping time kerana ada buku-buku ugama yang diberi 30% discount - hmmmm masa ni l...

Siapakah Diri Ini???

Image
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM Tuhan yang Maha pengasih dan Maha penyayang Terduduk aku melihat mentari yang kian beransur tenggelam di ufuk barat.Semakin berbalam sinarannya.Semakin pudar kecerahannya sedang kan tadinya terik memancar ke segenap alam. Pagi esok kau muncul lagi sebagaimana fitrah mu di ufuk timur namun adakah aku akan berkesempatan menemui mu lagi hai sang mentari..? adakah itu sinar yang terakhir buat aku..? Siapa diri aku sebenarnya untuk menyoal persoalan-persoalan sedemikian..? Berhakkah aku menyoal akan hak Allah S.W.T..? Semakin hari aku melangkah,semakin aku dekat akan kiamat yang bakal mendatang...namun adakah bekalan ku semakin bertambah..?persoalan buat diriku sendiri..muhasabah diri..mencari dan menjana kekuatan diri kembali.. Ya Allah..ya Rahman...ya Rahhim..ya Fatah hu ya A'lim... Aku mencari nadi kekuatan, nadi keinsafan, nadi istiqamah, nadi kejayaan, nadi kecemerlangan,nadi kebahagian, nadi kezuhudan, nadi keberkatan juga kerahmatan, dan nadi taqwa yang h...

9 Kemuliaan Menjaga Solat

Image
9 Kemulian diberi Allah kepada orang yg menjaga solat lima waktu Usman r.a telah berkata Yang bermaksud siapa yang memelihara solat lima waktu dengan menunaikannya terus menerus , tepat pada waktunya , maka ALlah s.w.t menganugerahi kepadanya sebanyak 9 kemuliaan 1. Allah cinta kepadanya 2. Tubuhnya mejadi sihat 3. la dijaga oleh malaikat 4. Turun keberkatan di rumahnya 5. Timbul diwajahnya tanda orang soleh 6. Allah melembutkan hatinya 7. Dia akan melalui titian ‘siratul mutaqim’sepatas kilat 8. Allah menyelamatkannya dari api neraka 9. Allah menempatkannya di sisi para walinya yang tidak pernah berasa takut atau sedih

Antara Fadhilat Surat Yasin (Wallahu Aqlam!)

UNTUK KESELAMATAN DIRI YANG SUSAH MENJADI SENANG. Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri. Ayat 9 : Orang Jahat Tak Nampak kita terutama orang kafir. Ayat 12: Merupakan jantung Yaasin - Rasulullah SAW berharap ayat ini dihafalkan oleh setiap mukmin dan mukminat. Ayat 13 - 35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah. Memberi hidayah kepada anak. Ayat 29 : Sebgai amalan mengelakan dari di fitnah dan kejahatan mulut. Ayat 29: Untuk digunakan jika kita rasa orang atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca dan disemburkan kemuka orang tersebut. Ayat 30: Untuk keinsafan - supaya dapat dipertemukan dengan Allah SWT (baru berada dihati - beramal dengannya. Ayat 32: Untuk menginsaf orang lain supaya menjadi baik. Caranya- ingat yang segalanya datang dari Allah SWT. Kita umat Muhammad SAW, Kita orang Islam dan lain-lain. Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang menanam pokok. Tanaman akan menjadi subur. Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun k...

Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat

Pagi tadi aku dan isteri ke Sekolah Menengah Agama Kedah,Lebuhraya Sultanah Bahiyah,Alor Setar.Hadir bersama dengan puluhan lagi ibu bapa yang sama-sama ingin bermunajat dan menghimpun doa harapan serta sokongan moral kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan duniawi iaitu PMR,SPM dan STPM pada tahun ini. Hujan turun agak lebat.Lebuhraya basah ketika aku lalui dari tol Kobah hingga tol Alor Setar utara sehinggalah sampai ke surau sekolah tersebut.Justru untuk memberi peluang lebih masa untuk ibubapa yang masih kehujanan dalam perjalanan,Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat tersebut ditunda dari jam 9.00 ke jam 9.30 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pihak pentadbiran sekolah dan pengerusi PIBG diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dan menunjukkan peningkatan prestasi PMR 2010.Satu usaha yang bagi sebagai peransang kepada pelajar untuk terus menjana usaha dan azam untuk istiqamah meningkatkan prestasi dalam pembelajaran. Perbezaan yang jel...