Posts

Showing posts from September, 2012

Bayu Kerinduan Di Bumi Haramain

Image
BAYU KERINDUAN DI BUMI HARAMAIN - AHMAD HUSNI ABD. RAHMAN Telaga Biru Sdn.Bhd. - RM28.00

Andainya tiba giliranku,telah bersediakah aku ???

Image
Pagi kemarin aku menziarahi jenazah arwah ayahanda rakan sekerja ku. Masya Allah .... bibir arwah mengukir senyuman! Alhamdulillah! takziah buat teman sekerja ku itu dan tahniah kerana arwah ayahanda mu `rasanya' telah memiliki dan menemui happy ending! Kata orang arwah semasa hidupnya adalah `smiling person' namun hakikatnya ketika nafas akhir menghampiri tenggorok beberapa ketika lagi akan meninggalkan jasad diketika itu akan tergambar di ruang mata bakal arwah itu kemanakah jalan akhir yang akan dilaluinya.Samada kuburnya nanti akan berupa taman-taman syurga atau pun pintu neraka.Pastinya akan senang hati dan tidak merasa terkejut untuk melepaskan nyawa itu pergi sekiranya tepat yang menanti adalah selesa untuk ditempati @ husnul khatimah! Sepanjang perjalanan pulang,soalan ini menggasak kotak fikiran ku - andainya telah tiba giliran ku,apakah aku telah bersedia dengan bekalan yang mencukupi untuk perjalanan yang amat jauh itu - apakah aku juga tersenyum kera...

Petua Kesihatan Rasulullah s.a.w.

1. Selalu bangun sebelum subuh - Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.   2. Aktif menjaga kebersihan - Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim).   3.Tidak pernah makan berlebihan - Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih). Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga unt...

Oi Bangunlah Oi Rindu Eropah Tawan Damascus

Image
Akhirnya ku temui juga Rindu Eropah Tawan Damascus nih di Alor Setar Petang kelmarin setelah selesai urusan pendaftaran kes di Komplek Mahkamah Alor Setar,naluri ku mengajak ke kedai buku Popular di tingkat atas Bangunan City Plaza.Baru aku terperasan rupanya dalam misi aku mencari buku travelog Munir Ramli nih aku dah ter`miss' satu kedai iaitu Popular City Plaza. Setelah merayap dari satu rak ke satu rak,untuk menjimatkan masa aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada pekerja di bahagian jualan buku-buku tersebut. "Kat sini ada jual buku-buku Alaf 21 kan" "Ada....buku apa yang encik cari" "Buku Rindu Eropah Tawan Damascus" "Rasanya ada...encik tunggu sat....saya nak check dalam sistem" Sementara menunggu gadis melayu hitam manis itu melaksanakan tugasnya membantu ku,aku terus menjamu mata membelek buku-buku yang dipamerkan di situ.Mata ku tertumpu kepada buku nih! Oi! Bangunkah Oi! - Dr, HM Tuah Iskandar al-H...

Laman baru seliaan ku

Image
Atas hasrat dan tujuan untuk menjalin hubungan antara kerjaya ku dan awam - aku akan berusaha untuk menyelia dan mengemukakan laman ini agar memanfaatkan info berkaitan undang-undang kesihatan awam kepada semua.

Permata Di Pintu Kaabah Munir Ramli

Image
Dah hampir jam 2.35 pagi namun mata ku ini masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu beradu.Masih mahu bersengkang mata meneruskan kehidupan di alam jaga walau pun waktu telah melewati dinihari. Awal malam tadi aku telah menghabiskan bacaan buku travelog ini. PERMATA DI PINTU KAABAH - MUNIR RAMLI Alaf 21 Karangkraf - RM19.90 Menarik dan penuh informasi isi kandungannya.Terutamanya (bagi aku) info berkaitan dengan bermulanya sistem muassasah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mentadbir jemaah haji yang mendadak tiba pada tiap-tiap kali musim haji dan ragam kerenah pak syeikh-pak syeikh haji yang terancam sumber pendapatan mereka dek sistem muassasah ini. Aura suka gaya penceritaan Munir Ramli ini mendorong aku untuk cuba mencari di kedai-kedai buku di sekitar Alor Setar buku terdahulunya iaitu Rindu Eropah Tawan Damascus.Malangnya buku travelog pertama Munir Ramli yang dikeluarkan oleh Alaf 21 pada tahun 2011 ini telah habis di pasaran. Perlu bag...

Kitab Lama Khazanah Takwa

Image
Pastinya ramai diantara kita yang bukan dari aliran pengajian pondok pernah membaca kitab-kitab lama seperti di atas ini.Selain dari lenggok bahasanya yang agak berlainan dengan erakini begitu juga dengan bentuk tulisan jawinya yang masih juga tidak seperti bentuk abjad jawi masakini. Namun usaha gigih sewajarnya dilakukan segera untuk menaiktahap bahasa dan tulisan kitab-kitab ini kepada lenggok bahasa masa kini (dengan syarat diperhatikan teliti agar maksud pengarang asalnya tidak terbabas)supaya dapat dinikmati khasiatnya oleh golongan masa kini yang semakin ramai yang lemah membaca tulisan jawi. Saya pernah bertanya pada seorang penjual kitab,sebab-sebab apa kitab-kitab lama ni orang panggil 'kitab kuning'? Dia kata sebab kualiti kertas kitab-kitab lama nih (macam kertas suratkhbar tu) lama-lama dia akan bertukar kaler putih tu ke kaler kuning.Betul ker tuh ..... agak-agaknya betul la kot! Jadinya kualiti kertas pun wajar diberi peningkatan juga. Sebagaimana usaha yang dil...

Mencari Kitab Imam Nawawi

Image
Siang tadi selepas menghadiri majlis walimatul urus saudara terdekat sebelah ibu ku di Kampong Banggol Enggok,Baling,Kedah aku menghala pula ke Bandar Sungai Petani.Tujuan utama ialah nak ke Hasani Books & Stationery kat situ.Sepanjang cuti sekolah ni Hasani mengadakan karnival jualan buku dengan tawaran istimewa yang menjangkau 25% potongan harga dan dah 2 kali aku ke sana.Boleh dikatakan setiap kali cuti sekolah Hasani mengadakan karnival sebegini dan aku pasti akan ke sana. Fokus utama ku kali ni ialah nak mencari dan membeli beberapa buku/kitab yang dikarang oleh Imam Nawawi (kebelakangan ini minat ku teruja untuk memiliki dan membaca buku-buku karangan beliau.Antara buku/kitab yang mampu dibeli ialah; 1. Terjemahan Riyadus Solihin Jilid Pertama dan Kedua 2. Paksi 40 Iman Nawawi Menegakkan Agama Melalui Hadis Rasulullah 3. Riwayat Hidup Al-Imam Al-Nawawi Tadi pun aku melayari internet mencari-cari artikel yang berkaitan Imam Nawawi untuk santapan minda dan antar...

Kitab Penawar Bagi Hati

Image
Pagi tadi masa ronda-ronda window shopping kat nat Tok Jalai,Kepala Betas aku singgah kat gerai jual kitab-kitab dan CD ceramah ugama. Nampaknya Ustaz Azhar Idrus dah dapat mengalahkan Ustaz Kazim Elias dari segi pasaran CD VCD ceramah ugama.Tak apalah yang penting ialah ilmu yang disampaikan oleh mereka dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.Aku plak kedua-duanya memang aku suka cuma bezanya nak attend ceramah ugama secara live Ustaz Azhar memang susah.Ustaz Kazim plak 2X sebulan dah tentu iaitu kat Masjid AlBukhari dan Masjid Taman Muhibbah,Alor Setar. Dok tinjau-tinjau kitab yang dijual kat gerai tu,aku terjumpa kitab ni.Penerang Bagi Hati.Harganya cuma RM5.00 jerr.Belek-belek sambil lalu isikandungannya rasa menarik gak.Rasa tercabar gak - masih bolehkah aku membaca kitab tulisan jawi loghat Bahasa Melayu Pattani nih ??? Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Gur...

Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman

Image
Selesai sudah aku membaca dan menghayati dengan penuh kepayahan hingga ke baris akhir ayat di muka surat 190 buku terbaru Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang bertajuk Bersyukur Saat DiUji.Kepayahan maksud ku itu dalam ertikata diganggu rasa sebak,rasa tersentuh hati dengan apa yang dibaca itu dan ada ketikanya aku terpaksa menghentikan pembacaan dan termenung merenung jauh kehadapan mengenangkan aliran kehidupan persekitaran semasa ku. Kejahilan ilmu dan kelemahan iman menjadi perhiasan diri dan berasaskan neraca nilaian yang dangkal itu lalu diguna untuk mencorakkan kehidupan sehinggalah telah lebih separuh abad berlalu tanpa sedar bahawa tuntutan dan tunjukajar Illahi sentiasa ada di mana-mana untuk dibuat pedoman pembetulan dan penambahbaikan agar terbentuk kesempurnaan dan sahsiah diri,memimpin keluarga dan menganggotai masyarakat. Bicara Prof DHMKI melalui buku ini bagaikan satu jentikan halus ditelinga,cukup halus dan tak menyakitkan tetapi telinga jadinya berdesing lal...

Bersyukur Saat Diuji Muhd Kamil Ibrahim

Image
BERSYUKUR SAAT DIUJI -MUHD KAMIL IBRAHIM Galeri Ilmu Sdn. Bhd. - RM22.00

Sumber Ketenangan Jiwa & Kebahagiaan Hidup

Image
عن ابي هريرة رضي قال ، عن النبي (ص) قال : تركت فيكم امرين لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما : كتاب الله و سنة نبيه ( رواه مالك ) Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda :" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu tidak akan sesat, selama kamu berpegang dgn kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunah Nabi "