Posts

Showing posts from December, 2012

Utusan Malaysia Percuma (Naskah Tajaan)

Image
Semasa sedang isi minyak kat stesyen minyak tetiba pekerja kat situ hulurkan senaskah akbar harian Utusan Malaysia. "Free bang ... ambik jer laa!" Dah lama betul saya tak beli dan tak baca Utusan Malaysia nih.Bila dah status 'free' gini saya dah dapat agak bagaimana rentak berita yang ada kat dalam tu. Memang tepat apa yang saya sangka tu .... cuma yang saya tak sangka ialah, ... ish ish ish makin ayu plak Irma nih bila dah nak jadi `mak orang' Nota : teringat kata seorang penceramah kursus - kalau anjing gigit kaki orang,itu biasa,bukannnya berita tapi kalau orang gigit kaki anjing,itu barulah berita.

Menggapai Kebahagian Hakiki

Image
Kebahagiaan dalam kehidupan ini bukanlah sesuatu yang akan datang sendiri tanpa usaha.Juga tafsiran kebahagiaan itu adalah berbagai-bagai bergantung kepada ilmu yang dimiliki oleh individu tertentu.Jika dirujuk kepada ilmu dunia tafsiran kebahagiaan itu akan berbeza dengan kebahagiaan yang dirujuk kepada ilmu akhirat. Berbagai aneka contoh disekeliling kita sebagai pemerhatian untuk kita jadikan panduan dan pedoman.Namun hakikatnya kebahagiaan adalah juga merupakan perasaan dan perasaan adalah makhluk Allah SWT.Kita tak akan dapat kebahagiaan yang hakiki tanpa izin Allah SWT.Makanya kebahagiaan itu punyai resepi yang tersendiri. Ramuan-ramuannya mestilah di adun 'secukup rasa' Allah SWT. Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang direstui Allah SWT.Bapa,ibu dan anak-anak bergabung bahan untk adunan lalu terhasillah kebahagiaan itu.Kesepakatan mengadun itu hanya mampu dibuat dengan `iman' kepada Al Khalik.Kita hanya mampu untuk berusaha `mencipta' kebahagiaan itu tetapi ...

Daftar Tahun Pilihan Tunai Ibadah Haji

Image
Semua orang Islam pasti punyai niat @ hasrat untuk ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.Juga pasti semua umat Islam punyai impian untuk menziarahi Rasulullah saw di Masjid Nabawi,Madinah. Tapi kalau ditanya - sudahkah anda mendaftar di Tabung Haji? Apa jawaban anda? Kita sedia maklum peraturan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia iaitu kita tak akan dapat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji jika tidak mendaftar nama di Lembaga Tabung Haji. Makanya tindakan pertama yang drastik anda perlu lakukan ialan MENDAFTAR.Cuma anda perlu sediakan RM1300 sahaja untuk penuhi syarat mendaftar dan nama anda akan tersenarai di dalam senarai menunggu untuk ke Tanah Suci.Bakinya anda boleh menabung dari masa ke semasa sehingga mencukupi kadar tambang yang diperlukan semasa anda terpilih untuk ke sana nanti. Soal tahun bila akan dapat pergi itu soal lain yang penting masa ini ialah mendaftar itu menjadi bukti @ indicator kepada Allah swt b...

Travelog Budak Mentah Hafizul Faiz & Kembara Ilmu Abu Farhaan

Image
Kebanyakan orang begitu sibuk dengan kehidupannya sehingga tidak cukup waktu untuk membaca buku.Orang lebih senang menonton filem, television atau bermain komputer. Padahal membaca tidak hanya memperkaya wawasan tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan. Rajin membaca dapat membuat orang kaya akan wawasan dan informasi. Selain itu, membaca untuk bermanfaat untuk otak dan kesehatan. Setidaknya ada 5 manfaat membaca untuk kesehatan, iaitu : 1. Melatih otak - Salah satu keuntungan membaca buku adalah sebagai latihan otak dan pikiran. Membaca dapat membantu menjaga otak agar selalu menjalankan fungsinya secara sempurna. Saat membaca, otak dituntut unutk berpikir lebih sehingga dapat membuat orang semakin cerdas. Tapi untuk latihan otak ini, membaca buku harus dilakukan secara rutin . 2. Meringankan stres dimana stres adalah faktor risiko dari beberapa penyakit berbahaya. keindahan bahasa dalam tulisan dapat memiliki kemampuan untuk menenangkan dan mengurangi stres, terutama membaca buk...

Umur kian singkat, ajal makin dekat

Image
MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua. Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?” Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun. Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.   Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.   Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak. Hayat kita tetap bertambah singk...

Pengurusan Masa Orang yg Beriman

Image
Pengurusan masa yang terbaik bagi mereka yang beriman adalah dengan membahagikan masa kepada empat iaitu : 1) Masa untuk Allah dengan bermunajat (berzikir) kpd-Nya. 2) Masa untuk diri dengan bermuhasabah tentang keadaan diri sendiri. 3) Masa untuk makhluq-Nya dengan berfikir tentang kejadian & citaan Allah. 4) Masa untuk kehidupan dengan menumpukan kepada keperluan diri, seperti mencari rezeki yang halal & belajar secara berterusan. Huraiannya seperti berikut : #1: Masa untuk Allah dengan bermunajat (berzikir) kpd-Nya. Kita perlu memperuntukkan masa kita untuk beribadah, solat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan bermunajat. Seorang mukmin yang sentiasa dalam hidupnya berdoa dan berzikir kepada Allah S.W.T. kekuatan dalamannya amat luar biasa dan akan mencapai kecemerlangan dalam hidupnya berbanding mereka yang dalam hidupnya tidak mahu berdoa dan berzikir dan hanya bergantung pada akal fikirannya semata-mata untuk mencapai sesuatu perkara. Perancangan macamana hebat seka...

Jom Follow Awek Nih!

Image
Ini adalah keratan akhbar Harian Metro hari Isnin 26.11.2012 Cerita terperinci apa yang awek nih (SAR) buat ada kat dalam berita tu! Aku teruja sangat dengan usaha beliau nak mencapai BMI ideal.Keazaman dan tekad beliau diiringi dengan disiplin diri yang istiqamah pasti akan bertemu kejayaan.Tahniah! Aku : bertekad gak - nak ikut! nak ikut! Target : besday tahun 2014 aku pun BMI ideal gak.

Syukur Nikmat Mu,Ya Allah!

Image
Photo ini telah pun berusia lebih dari 10 tahun.Ketika itu Busu baru saja agah-agah duduk dan kini Busu telah pun berada di Darjah 5 sekolah kebangsaan.Photo anak-anak kesayangan @ buah hati ku anugerah dan amanah dari Illahi untuk ku dan isteri.Latar belakang photo ini ialah laut Selat Melaka yang berkongsi daratan dengan Pantai Merdeka.Ketika itu aku dan keluarga bercuti dan bermalam di Pantai Merdeka Resort. Malam ini aku merenung photo penuh kenangan ini.Sambil mensyukuri nikmat Mu,Ya Allah! Betapa dengan rahmat Mu,dengan hidayah dan keredhaan Mu telah mengurniakan aku sebuah keluarga yang begitu menyenangkan aku.Liku-liku kehidupan seharian tidak terlalu beronak duri dan anak-anak dapat tumbuh membesar dengan selesanya walau pun tidak mewah. Alhamdulillah,Along telah pun setahun bekerja sebagai Jurutera setelah menamatkan Ijazah Kejuruteraan Eletriknya.Angah pula tahun depan akan menamatkan Ijazah Kejuruteraan Kimianya dan Alang pula telah memulakan pengajiann...

Kaya Hati Adalah Kaya Sebenar

Bagi kebanyakan manusia zaman ini, menjadi kaya adalah satu matlamat hidup yang mesti diraih. Mereka menginginkan rumah besar, kereta mewah dan pelbagai kemudahan hidup yang selesa. Untuk itu, pelbagai usaha dilakukan siang dan malam untuk mengumpulkan wang. Sering kali, keinginan itu membuatkan diri kita melupakan hak anak isteri yang memerlukan kasih sayang dan perhatian, bahkan ada juga yang mengabaikan pantang larang agama. Apabila kita keliru dalam memahami konsep kekayaan, maka kita akan tersalah dalam mencarinya. Kekayaan hakiki sebenarnya bukan terletak pada benda-benda material, akan tetapi ia sesuatu yang berada di dalam hati manusia. Rasulullah SAW bersabda: Bukanlah kaya itu dengan memiliki banyak harta. Akan tetapi kaya (sebenar) adalah kekayaan hati. (riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban, Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Zar: “Wahai Abu Zar, adakah engkau menyangka bahawa banyak harta itu bermakna kaya?” Abu Zar berkata: “Ya.”Baginda bersabd...

Bangun dan Sujud pada Tengah Malam

Image
Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat. Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh. Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak. Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: "Letakkan pipiku di atas tanah." Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: "Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!" Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih dari...

Rahsia Sunnah Nabi SAW Simpan Janggut

Image
Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya. Bagaimana Caranya? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.   Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Hukum Memelihara Janggut Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat ...

Pesanan Imam As-Syafie

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara: PERTAMA: HAK KEPADA DIRI Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. KETIGA: HAK KEPADA KUBUR Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi. KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. KELIMA: HAK KEPADA MIZAN) NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu: Membuang...

Mengharap Husnul Khatimah

Perbanyak ingatkan kematian dengan persediaan dari segi amal ibadah Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa, ayat 78 bermaksud: “Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila tiba ajalnya) sekali pun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.” Maksud nas suci itu menegaskan bahawa ajal datang kepada manusia tanpa mengira keadaan dan masa. Kadang-kadang ia datang ketika seseorang sedang mengerang kesakitan atau berada dalam keadaan nazak, kadangkala ia juga datang mengejut tatkala seseorang itu berada dalam kesihatan yang memuaskan atau dalam kegembiraan dan keriangan. Justeru itu, kematian adalah sesuatu yang nyata dan pasti ditempuhi setiap insan, tetapi bila kematian menjemput manusia itu tetap menjadi rahsia Allah SWT. Oleh sebab itu, hal kematian ini patut diambil perhatian serius setiap insan, terutama individu Muslim agar tidak termasuk dalam kalangan orang yang kerugian dan menyesal kemudian hari kelak. Pastinya sebahagian besar daripada kita mengharapkan kes...

Cara Solat Sunat Hajat

Ini merupakan salah satu cara solat sunat hajat yang biasa dilakukan oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah 1. Niat أُُصَلِّي سُنَّةَ حَاجَةٍ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى / مَأْمُوْمًا للهِ تَعَالًى “ Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala / mengikut imam kerana Allah ta’ala “ 2. Bacaan rakaat pertama a.Doa iftitah b.Fatihah c.Ayat kursi وَإِلهَـُكُم اِلَـٰهٌ وَاحِدٌ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ, اللهُ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ , لاتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلانَوْمٌ , لَهُ مَا فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَا فِىْ الأرْضِ , مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ , يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِِهِ إِلاَّ ِبمَا شَآءُ , وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ d. Surah al-Kafirun ( قل ياأيها الكافرون ) 7 kali 3. Bacaan rakaat kedua a.Fatihah b. آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَا أُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ ...