Posts

Showing posts from December, 2009

happy new year 2010

Image
Sewaktu aku meninjau-ninjau kandungan majallah ANIS keluaran Januari 2010,aku berjumpa kata-kata yang amat menarik sekali ini. Carilah di helaian 13 hasil minda Abu Saif. "Berilah ilmu kepada akal supaya tahu.Suntiklah iman ke hati supaya mahu.Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu,Insha Allah" .... berkatlah hidup mu. (aku tambah sendiri tu!!!)

mee udang pulau sayak

Image
Destinasi berikutnya ialah ke Pulau Sayak.Memang dari awal lagi aku rancangkan nak bawa famili menjamu selera di sini setelah selesai meeting.Sayangnya Along tak dapat ikut bersama kerana terpaksa pulang lebih awal ke Batu Pahat. Pandangan alam dari depan restoren tempat kami menjamu selera tuu diaaa ... order mai dahhh Mee Udang Pulau Sayak - sepinggan RM7.00 jangan gaduh .... udang tu sama jerr saiz nyerr nasi goreng udang,sepinggan RM7.00 gak dah licin laa bah....

pantai dah tak merdeka

Image
Sekitar jam 8.30 pagi aku dah sampai ke medan letak kereta Pantai Merdeka Resort,Pantai Merdeka.Tugasan resmi ialah menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Berhad.Masih ada lagi masa untuk sarapan sebelum mesyuarat bermula. Sebaik saja membuka pintu kereta mahu melangkah keluar,deria bau ku mengesan sesuatu yang kurang enak.Hati berbisik ...apa ni??? Seelok selesai saja sarapan yang disediakan oleh penganjur, mesyuarat pun bermula dan tamat hampir jam 11.30 pagi.Aku ingin tahu dari manakah datangnya bau yang kurang menyenangkan tadi tu kerana seperti aku,pasti orang lain pun akan bersungut dan merasa tidak selesa dengan aroma ini. Inilah yang aku jumpa.Penyumbang aroma yang menjolok kerongkong walau pun pasarana yang sedia ada begitu menarik hati dan mata memandang. Pasti alasan pihak berkenaan ialah kutipan sampah @ aktiviti pembersihan tidak dilakukan kerana tempoh cuti umum - tidak ada pekerja bertugas.Biasalah tu....setiap aduan pasti ada jawab...

taipan business center

Hari ni cuti lagi.Cuti rehat 1 hari jerr.Perancangan untuk pagi ni nak ke Sekolah Menengah Agama Baling menjemput Acik yang tamat kursus intensif Add Mathnya.Perjalanan balik singgah jap di Expo Usahawan Bumiputera di Taipan Business Center (kat Sungai Petani ... bukannya kat Taiwan).Tak ada yang menarik untuk dibeli lagi pun dengan cuaca yang panas terik begitu mood nak shopping pun down.Mungkin sesuai kalau ke sana pada waktu malam. Aku rasa pihak kerajaan atau pihak berkuasa tempatan eloklah gunakan kuasa yang diorang ada untuk menapis dan meluluskan nama-nama yang lebih sesuai dengan alam Malaysia.Nak sebut TAIPAN tu pun dah rasa pelik. Tujuan utama nak ke Sungai Petani ialah mengunjungi Hasani Book Store yang sedang mengadakan jualan buku Balik Ke Sekolah.Sejam lebih kat situ membelek buku-buku yang menarik kat situ.Rabak juga laa seratus lebih tapi tak pa asalkan bahagia.

Easy Add Maths Center

Image
Pagi ni Innova hitam bergerak ke Sekolah Menengah Agama Baling menghantar Acik yang akan mengikuti Kursus Intensif Easy Add Maths yang dikendalikan oleh Syarikat Easy Add Maths Center. Bermula pada jam 2.00 petang ini dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi 22 Disember,2009.Bayaran yang dikenakan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar.Penginapan dan makan minum disediakan. Hujung tahun 2010 nanti Acik akan menduduki peperiksaan SPMnya. Kursus ini adalah sebagai langkah persediaan awalnya untuk menghadapi peperiksaan tersebut.Sebagai seorang bapa,aku mengharapkan kejayaannya kerana itulah tuntutan kehidupan duniawi masa kini.Semoga Acik juga akan menurut jejak Angah dan Along yang kini sudah pun bergelar mahasiswa/i. "Apa yang dapat abah berikan hanyalah sekadar doa dan sokongan moral.Abah sedar perjuangan dalam menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah namun usaha yang bersungguh pasti akan membuahkan kejayaan yang cemerlang demi untuk hari esok Acik sendiri.Abah akan berusaha menyedia...

dah abis pun ..... 1 Muharram 1431

kelip pok kelip pok aik??? abih dah satu hari.Sat nyerr.Dah pun bang maghrib 2 Muharram 1431H ish ish ish hari ni hujan lebat plak tu.Tak semena-mena dibalunnya lebat sangat-sangat pada hal hari-hari sebelum ni panas terik.Tengahari panas lit lit.Tau-tau hari hujan plak.Dari pagi tu renyai-renyai saja tapi time nak solat jumaat tu kemuncak lebatnya.Naik kereta pun sementara nak naik nak turun buka tutup payung .... lencun juga laa.Sure solat jumaat hari ni pahala lebih dari hari-hari yang lain. Dok pikiaq muhasabah diri apa yang aku dah buat sepanjang 24 jam hari 1 hijrah yang dah lepas pi tu - awal hari aku kat Masjid Zahir Alor Setar - balik sampai rumah around 10.30 malam - lepak lepak depan tv terus terlena (tadi kat masjid makan banyak.Mula tu cedok boh dalam pinggan nasi + lauk pauk tu skit saja tapi anak-anak plak yang dok export dari pinggan depa ke pinggan aku.Sayangkan rezeki orang buat kenduri so telan juga laa.Perut penuh cepat mengantuk laaa) Bangun jam 5.30 pagi (means ti...

permulaan yang baik .... Alhamdulillah !!!

Image
Sekitar jam 6.40 petang aku dan famili sampai ke Masjid Zahir,Alor Setar.Berwuduk dan menunaikan solat tahiyyatul masjid.Bilangan jemaah semakin bertambah ramai dan ruang letak kereta mula semakin sesak.Pegawai-pegawai masjid negeri itu ku lihat mundar mandir mengawasi persiapan masjid untuk majlis malam ini dan juga menunggu ketibaan DYMM Raja Muda Kedah dan isteri. Imam membacakan doa akhir tahun dan diaminkan oleh ratusan jemaah.Tak lama selepas itu azan maghrib pun berkumandang. Selepas solat maghrib dan wirid dibacakan doa awal tahun. Petugas-petugas mula mengedarkan buku kecil Surah Yassin kepada jemaah.Majlis bacaan Surah Yassin akan diadakan pada setiap malam Jumaat dan kebetulan yang cukup berkesan kerana permulaan Tahun Hijrah 1431 bermula dengan penghulu hari iaitu hari jumaat.Surah Yassin yang diedarkan itu adalah sumbangan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sempena sambutan Maaj Hijrah 1431. Selesai majlis lepak-lepak kejap di dalam masjid sementara menantikan masuknya waktu...

1 Muharram 1431 / 17 Disember 2009

Image
Firman Allah SWT : Surah al-Anbiya' 21:35) "Nescaya kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan" Semoga tidak ujian keburukan itu menjadikan kita terjaga tetapi ujian kebaikan itu menjadikan kita nyenyak terlena - pesanan kepada diri ini yang mudah alpa !!! thing to do : 1. update zulsalleh.blogspot.com 2. update www.susukesihatan.com 3. update zulkipeli.bravejournal.com 4. update susukesihatan.bravehost.com 5. update rumahyakin.bravehost.com 6. update yakinalwadi.tripod.com 7. update pkdpendang.moh.gov.my

bertukar - memohon atau diarahkan ???

Hari ini atau esok teman-teman sejawatan di KKM yang terlibat dgn pertukaran tempat kerja samada yang memohon bertukar atau pun diarahkan bertukar akan melapurkan diri di tempat kerja baru.Dari senarai nama pegawai-pegawai yang terlibat dapatlah dianggap pertukaran kali ini seperti rombakan besar-besaran dalam penempatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29.Ada daerah yang seramai 8 orang ditukarkan keluar serentak. Pertukaran ke tempat baru selain dari berubah tempat kerja juga akan berubah tempat tinggal.Terpaksa menyewa rumah sedangkan mungkin ditempat kerja sebelum ini telah pun ada rumah yang dibeli dan sedang dipotong gaji setiap bulan untuk bayaran. Pertukaran tempat kerja isteri,pertukaran sekolah anak-anak dan pastinya hampir keseluruhan ruang kehidupan terpaksa di`setting' semula.Berbaloikah dengan bayaran tuntutan elaun perpindahan yang diperolehi nanti itu? (Tuntutan elaun perpindahan pun hanya layak kepada pegawai yang diarahkan bertukar sahaja).Pengalaman aku s...

update ws anak-anak Al-Wadi

Sepenuh rasa bersyukur - Alhamdulillah.....akhirnya dengan secebis ilmu yang ada aku berjaya menyiapkan (update) laman web untuk Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Al-Wadi,Kupang,Baling.Gembira kerana aku dapat menunaikan janji ku pada diri sendiri untuk berbuat semua ini dengan niat ikhlas untuk turut membantu mempromosi institusi ini kepada masyarakat sejagat.Semoga aliran dana sumbangan @ bantuan akan lebih deras demi untuk kebajikan anak-anak ini. Perbezaan antara anak-anak ini dengan anak-anak kita hanyalah kerana kita masih ada iaitu masih bernafas,bernyawa.Andai detik ini nafas ini terhenti maka anak-anak kita pun akan berstatus seperti anak-anak ini.Lantas itu wajarlah untuk kita menyedari untuk mudah `memberi' agar suatu ketika nanti anak-anak kita pula akan mudah `diberi' oleh insan lain. Abdulrrahman bin Abzi (Al-Haitsami,Abu Bakar,Majma' Az-Zawaid, Jilid IV,Juz VIII,hal 163,Maktabah Al-Qudsi,Kairo 1994) pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Jadilah anda seb...

jamuan makan sunat aiman

Image
Selepas waktu ofis tadi ,aku & famili bertolak ke Arau,Perlis untuk menghadiri majlis makan-makan di rumah biras ku sempena bersunat anak lelakinya,Aiman.Singgah sebentar di Kepala Batas mengambil bapa mertua (emak mertua dah lebih dahulu bertolak ke sana).Perjalanan lancar kerana jalan raya baru diturap dah siap sepenuhnya. Tapi tak selesa nak memecut kerana banyak sangat lampu isyarat di sepanjang jalan nak menghala ke sempadan Kedah-Perlis tu (hmmm simpang nak masuk ke kampung pun ada gak lampu isyarat ... hebat! hebat!) Menu hidangan memang sedap,tambahan plak untuk aku yang belum makan tengahari lagi nih ... tetamu jemputan sedang menjamu selera Aiman tak kisah laaaa!!! comel nyerr ........ anak saper ni yerrr !!! kakak-kakak saudara Aiman saudara mara Aiman lepas ni Aliff pulak yerrr

what do you think ???

Image
Imam besar Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah, Syaikh Adil ibn Salim al-Kalbani Doa Imam besar Mekah hingga menangis…Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut … semuga ALLAH menetapkan Imannya. Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu,...

50 Muslim Paling Berpengaruh 2009

The Royal Islamic Strategic Studies Centre telah menerbitkan satu laporan yang menyenaraikan 500 muslim yang paling berpengaruh pada tahun 2009. Ia merupakan terbitan pertama yang kemungkinan akan dijadikan terbitan tahunan bertujuan mengenengahkan nama-nama individu dan kumpulan yang telah banyak mempengaruhi dunia ummat ISLAM. Tahniah buat yang tersenarai. Ada sebahagiannya perlu kita contohi sumbangan-sumbangan mereka. Ada sebahagiannya pula, memberikan kita ‘lampu isyarat’ bahawa kita perlu lebih bekerja keras. Terdapat beberapa nama yang telah disenaraikan sebagai berpengaruh di dunia ummat ISLAM, namun hakikatnya sebahagian nama-nama ini tidak membawa ajaran yang berlandaskan ISLAM yang sebenar. Mereka yang membawa mesej-mesej yang lari dari kebenaran ISLAM ini telah diiktiraf sebagai memberi pengaruh yang besar di dalam dunia ummat ISLAM. Dengan terterbitnya laporan ini, semoga ia membuatkan kita muhasabah banyak manakah yang telah kita perbuat berbanding orang lain? Dan menyunt...

tika menjalani kehidupan seharian mu !!!

Dalam kita menikmati kehidupan seharian,jom kita amati ayat 96, Surah Al-A'raaf ini.Firman Alah SWT : ”Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” ”Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. Dan apakah belum jelas bagi orang-orang yang mempusakai suatu negeri sesudah (lenyap) penduduknya, bahwa kalau Kami menghendaki tentu Kami azab mereka karena dosa-dosanya; dan Kami kunci mati hati mereka sehing...

Bang Mie & Pak Leh,Innalillah ...... !

Hari ni dan esok aku cuti.Bercuti rehat.Memandangkan masih ada banyak lagi baki cuti rehat ku di tahun 2009 ini,aku bercadang untuk bercuti beberapa hari di bulan Disember ini.Dapatlah meluangkan masa untuk bersama keluarga kerana anak-anak yang lima orang tu semuanya ada kat rumah. Apa nak buat hari ni? Kelmarin aku dan isteri dah ke SMKAY untuk memohon surat pertukaran sekolah Andak ke SMKAK.Tujuan utama pertukaran ini ialah supaya Andak akan dapat bersekolah di sekolah yang sama dengan kakaknya,Acik.Bila masa aku dan isteri berada di Tanah Suci Mekah pada penghujung tahun nanti,mudahlah kedua-dua beradik ini berurusan sesama sendiri terutama ketika outing wajib. Acik akan menduduki Tingkatan 5 dan Andak pula di Tingkatan 2.Kepada Aciklah diletakkan tugasan untuk `mengawal selia' adik-adik (termasuk Busu yang di Darjah 3) memandangkan Along di UTHM,Batu Pahat,Johor dan Angah di UiTM Shah Alam tentulah jaraknya lebih jauh lagi.Perancangan awal ku,Busu akan tinggal bersama ibu dan ...