Posts

Showing posts from March, 2010

Masih Selamatkah Malaysia Ku Ini

Image
Mac dah pun sampai penghujungnya.Ertinya dah 3 bulan usia 2010 berlalu.Cepatnya masa beredar pada perasaan kita sedangkan hakikatnya sehari tetap 24 jam seperti mana tahun lalu dan tahun-tahun yang terdahulu.Begitulah Allah swt telah menarik balik keberkatan masa dari kehidupan kita. Kebelakangan ini membaca akhbar perdana sudah seperti membaca buka catatan jenayah.Ada kemalangan ngeri,ada pembunuhan tragis dan pembuangan bayi yang semakin galak terjadi.Jika zaman jahiliah (jahil) dahulu hanya bayi perempuan saja di bunuh dengan ditanam hidup-hidup dan di zaman moden kini bayi mayat bayi ditemui di merata-rata tanpa mengira jantina.Sudah sama taraf dengan sampah lalu dibuang ke tempat perlupusan sampah dsbnya. Sudah berulangkah zaman jahiliah??? Begitulah Allah swt telah menarik balik keberkatan keselamatan dari kehidupan kita. Kacau bilau mentaliti masyarakat masa kini sewajarnya ditangani segera dengan serius oleh semua pemimpin-pemimpin masyarakat terutama mereka-mereka yang berkuas...

aku mahu jadi seluang yang melaut .......

Image
Perjalanan masa terlalu pantas berlari.Seakan tak terkejar oleh aku yang telah mula dimamah usia senja.Ketika mata mulai kabur dan rambut putih semakin subur aku merasakan sudah sampai ketikanya aku berubah kaca mata.Berubah sudut pandangan dan berubah nilaian pengertian dan tanggapan terhadap kehidupan. Telah bertahun-tahun aku sibuk dengan keduniaan.Telah bertahun-tahun lisan ini becok berkata-kata.Sudah tiba masanya aku menyingkirkan diri dari kesibukan duniawi ini dan lebih banyak berdiam diri. Bukan maksudnya mahu zuhud tetapi mahu berehat dari kesibukan untuk hidup.Aku tidak mahu seperti kura-kura yang memanjangkan leher mahu menonjolkan kepala di permukaan air.Aku mahu jadi seluang yang melaut .....menongkah arus tak berriak,membelah alun tak berkocak.Aku adalah aku!!!

Iklan Jawatan Kosong

Image
Semalam saya terima email ni dari seorang kenalan maya. Segera bertindak kerana tarikh tutupnya bila-bila masa jerr .... jeng jeng jenggg

solatlah pada waktunya....

Image
Setiap peralihan waktu solat sebenarnyamenunjukk an perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerapmelalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalahsesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidangfotografi. Segerakan Solat Pada Waktunya Waktu Subuh Padawaktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaandengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadiwarna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan denganpenawar/ rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktuSubuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaanakan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Inikerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yangmesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruangdan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapatkita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanyasaja azan Subuh, tenaga alam pada w...

Cara Rasulullah SAW Mengelak Dan Menyembuhkan Penyakit

Image
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya badan ialah perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam yang bukan tujuan untuk qiyamullail. MENERANGKAN PENGLIHATAN Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil. PENYEBAB WAJAH BERSINAR Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar ialah menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa. PERASAAN BENCI Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba. PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN M...

jom u-turn segera sebelum lampu merah menyala !!!

Image

Brunei Lebih Takut Laknat Allah

Image
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei) : Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul Ahli Parlimen,Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan,andai ia diwujudkan,Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan. Yang paling kami takut ialah laknat Allah.Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak. Hari ini mereka mahu zon arak,lepas ni mungkin zon pelacuran, kasino.Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,tegasnya. - AP Nota : ini adalah keratan akhbar Harian Metro halaman 36,Rabu 24 Mac 2010. Bangga kerana ada seorang menteri walau pun bukan dinegara ini yang punyai asas iman yang selayaknya sebagai seorang pemimpin. ..... dan lebih bangga lagi kerana Malaysia tak takut punnnnn !!!

kurangkan makan,kurangkan tidur !!!

Image
Alangkah gembiranya rasa hati bila tengahari tadi telah ada 2 pucuk surat yang berlogo Tabung Haji di dalam kotak surat.Satu untuk aku dan satu lagi untuk isteri.Dengan hati yang berdebar-debar aku membuka dan membacanya. Alhamdulillah,syukur!!! Surat tawaran terpilih untuk mengerjakan ibadah haji bagi musim haji 1431/2010 telah ku terima.Ertinya perancangan ku dan isteri untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini telah terlaksana, Alhamdulillah !!! Hakikatnya - manusia merancang,Allah swt juga merancang dan perancangan Allah swt itulah yang hakiki.Semoga Allah swt meredhai perancangan ku & isteri lalu diberkati dan diizinkan aku untuk ke sana.Semoga nama ku dan isteri akan tercatit dalam senarai tetamu Nya pada musim haji nanti.Insha Allah!!! Hanya ada lebihkurang 200 hari saja lagi untuk tiba tarikh bertolak ke sana.Jangka masa yang pendek sahaja untuk membuat persiapan rohani dan jasmani yang setimpal untuk kehendak menggapai haji yang mabrur. Ertinya aku mestilah lebih lagi b...

Tanda-Tanda Kematian

Image
Tanda-Tanda Kematian (Sekadar Peringatan) 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan ke...

......... yang ditunggu-tunggu dah tiba !!!

Image
Syukur,Alhamdulillah !!! Perancangan manusia sudah terlaksana Hanya kini menanti perancangan Illahi. Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau permudahkanlah urusan ku dan langkah perjalanan ku ke Tanah Suci Mu. Kurniakanlah aku haji yang mabrur Amin !!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Image
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepada Ku" "Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung" Diantara dua kalimah ini Aku mencari-cari nilai diri Sedang usia semakin senja, Sewajarnya aku siapa ??? dimana ??? Ada ketikanya kita terpaksa berubah kerana persekitaran yang memaksa,begitulah aku...

Ilmu dan Amal

Tika tiba di muka surat 40 kitab Nasihat Untuk Orang Yang Terlanjur Melakukan Dosa karangan Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni ini mata dan minda aku terpaku di perenggan ini; Di zaman ini,orang yang melakukan solat malam atau tahajjud untuk membuat aduan tentang keadaan kita kepada Allah swt itu sudah sangat jarang sekali.Sebabnya adalah kerana kita sering melakukan maksiat,banyak melakukan perkara-perkara yang mubah (tidak mendatangkan dosa dan tidak pula mendatangkan pahala)dan tidak tidur semalaman untuk sesuatu yang tidak ada manfaatnya, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah swt. Padahal setiap kali seorang hamba itu berjaga pada malam hari,tapi dia tidak melakukan apa pun yang bermanfaat seperti solat malam sedangkan pada waktu itu Allah swwt turun ke langit bumi dan berseru "Adakah orang yang meminta kepada Ku,nescaya Aku akan memberinya.Adakah orang yang meminta ampun akan dosa-dosanya kepada Ku,nescaya Aku akan mengampuninya.Adakah orang yang berdoa kepada Ku,nescaya Ak...
Image

Sepanjang Jalan Dari Jeddah Ke Mekah 2010

Image
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di antara petanda dunia hampir kiamat ialah tanah-tanah Arab yang asalnya gurun & padang pasir kering kontang, tiba-tiba ditumbuhi rumput & pohon-pohon yang subur.

tak sabaq tunggu haghi sabtu

Terasakan masa begitu lambat berlalu.Detik demi detik menantikan tibanya hari Sabtu 20 Mac 2010.Aduhaiii awat jadi lagu tu ??? Ahad 14 Mac aku dan keluarga telah ke Manjoi,Perak kerana menghantar si bongsu Muhammad Nabil Farhaan yang diterima masuk menyertai Kem Tahsin di Pusat Pendidikan Al Barakah di bawah pentadbiran Ustaz Kazim Elias AlHafiz iaitu seorang pendakwah bebas yang umum mengenalinya.Tempoh Kem Tahsin ini ialah dari 14 Mac hingga 20 Mac,2010. Perancangan awal aku nak menghantarnya pada tahun depan dengan alasan usia 10 tahun itu akan lebih matang untuknya menguruskan diri sendiri jika dibandingkan dengan usia 9 tahun kini.Namun bila difikirkan semula aku rasa seeloknya disegerakan pada tahun ini juga atas sebab jika ada rezeki aku dan isteri ke Tanah Suci pada musim haji akan datang nanti - Farhaan akan lebih bersedia menguruskan diri sendiri dan tidak terlalu `manja' kepada atuk dan wannya.Pastinya pengalaman kehidupan selama seminggu di Pusat Pendidikan AlBarakah b...

Analisa Tarikh Lahir : Jangan Jadi Bomoh Tak Rasmi

Ketika membaca artikel dari Ustaz Zaharudin ini aku teringat pada seorang pensyarah semasa aku berkursus di sekitar awal tahun 90an dulu.(Bukan pensyarah U cuma pensyarah slot kursus tu saja tapi yang pasti beliau berusia penghujung 40an dan dari Kumpulan A jawatan kerajaan).Aku terkejut bila dia berkata `tiap-tiap pagi sebelum mai kerja,saya akan baca dulu horoskop kat news paper.Nak tau apa dia kata.Kalau tak baca saya tak boleh buat kerja' Semoga tanggapannya terhadap ramalan horoskop itu sekadar seronok-seronok saja dan tidak menggugat akidah.Andai kata anggapannya serius...mudah2an di usia senjanya kini beliau akan berubah. Oklah jom kita teruskan menatap artikel ustaz ni.Moga-moga kita akan beroleh petunjuk dan tidak terpengaruh dengan iklan-iklan mega di dada akhbar.Rasulullah SAW telah berpesan bahawa `diakhir-akhir zaman nanti umat ku semakin sukar untuk lari dari fitnah sebagaimana berjalan di malam yang gelita' **************** Perlu difahami bahawa, isu yang berkait...

Rabiul Akhir oh Rabiul Akhir

Pengertian Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga. Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama. Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman. Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi ...

Manusia digalak bersedekah untuk naungan di hari kiamat

Image
Oleh Hashim Ahmad SEORANG Muslim sentiasa khuatir akan nasibnya di hari kiamat kerana memikirkan umat manusia bakal dibangkitkan dan dikumpulkan di padang Mahsyar sedangkan matahari berada sangat dekat di kepala. Bagaimanapun, umat Nabi Muhammad bertuah kerana Baginda sudah menjelaskan bagaimana untuk mendapat naungan di hari kiamat seterusnya berusaha melaksanakan apa yang patut demi kebahagiaan di akhirat nanti. Antara keterangan Rasulullah ialah hadis menyatakan bahawa naungan orang beriman di hari kiamat sangat terkait dengan kebiasaannya mengeluarkan sedekah sewaktu hidupnya di dunia. Ketika di padang Mahsyar, setiap manusia menunggu giliran untuk diadili. Semua akan merasakan panasnya matahari di atas kepala namun bagi yang rajin bersedekah, bakal memperoleh naungan daripada matahari kerana sedekahnya itu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya (pada hari kiamat) hingga diputuskan di antara manusia atau ia berkata: “Ditetapkan hu...

Gambaran Alam Mashyar

Image
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. ...

menyerok nasi + gulai panas yub spg 4

Image
Sekali sekala menyerok pekena nasi putih ngan gulai ikan panas di Gerai Yub Simpang 4 Alor Setar - fullamak sedapnya yak terkata.Nasi belum masuk mulut tapi aroma gulainya dah terlebih dulu masuk hidung - itu yang ummphhh yer tuh.Sapa yang makan,dia tau laa macam mana rasanya.Kalau pi sekali tu pas tu akan jadi dua kali,tiga kali dan berkali-kali Jauh sikit laa dari Pendang.Tapi tak pa,asalkan bahagia!!! Ada pilihan samada nak gulai ikan temenung,ikan bawal atau ikan pari.Aku lebih suka ikan temenung atau bawal.Kekadang tu aku bantai kedua-duanya sekali.Macam ni laaaa!!! Tu diaaa .... Gerai Yub Gulai Panas Simpang 4 Ni laa Yub tu...no. henpon dia : 0175502816.Kot-kot la pi Simpang 4 cari tak jumpa...calling calling laaa Memandang keluar dari Gerai Yub .... hmmmm macam bukan kat Malaysia laa plak !!!