Posts

Showing posts from August, 2012

Menarik ...... fikir-fikirkan!!!

Image

Sahabat ku mencadangkan ....... 1

Bangun jam 4.30 pagi.Tak perlu tidur lama-lama kerana dah lama tidur lama.Dah terlalu lama tidur lama tu.Jadinya dah lebih dari sepatutnya masa yang dihabiskan untuk tidur itu.12.30 - 4.30 = 4 jam,dah cukup! Setelah bangun minumlah sesudu madu lebah yang dicampur dengan air sejuk (bukan ais).Ini sunnah Nabi saw.Dapat pahala bila ikut sunnah Nabi nih.Untuk mendapat keberkatan,selawatlah dahulu dan berdoa semasa nak minum tu supaya khasiat sunnah Nabi tu akan dapat kita nikmati/perolehi sebab kita yakin apa yang Nabi buat itu adalah terbaik. Jangka masa antara 4.30 - 5.00 pagi setelah bangun mungkin masih separa sedar @ terpisat-pisat(?) eloklah bersantai sekejap sambil membaca @ menyemak perkara-perkara yang untuk `refresh' memori seperti syarat-syarat sah solat (ramai yang tak tinggal solat tapi tak tau yang mana rukun yang mana sunat dalam pergerakan solat itu sedangkan kita wajib kena tahu yang itu),makna-makna bacaan dalam,makna-makna wirid yang selalu kita amalkan dsbn...

Jom Mantapkan Roh Kita Di Awal Pagi

Jika anda bangun pagi dengan fikiran yang berserabut,jiwa rasa tak tenang dan hati merasa tidak tenteram.Lalu jadinya anda merasa seolah-olah hari ini tidak ada keceriaan kerana bercelaru dan putus asa.Anda perlukan sesuatu supaya kembali positif.Supaya jiwa dan hati kembali tenang dan penuh harapan bermotivasi serta mantap pendirian sejak di awal pagi hari,amalkan tasbih ini sesudah solat subuh. Tasbih ini diberi oleh Nabi saw kepada seorang sahabat yang sedang kacau jiwanya seperti anda : Subhan Allahi wabihamdih Subhan Allahil azim Astaqhafirullah bacalah sebanyak 100x   Amalan Nabi saw juga selalunya memulakan awal paginya dengan membaca Surah alIkhlas 3x untuk memperkukuhkan ruh agar mantap bermotivasi sepanjang hari. Jom kita uruskan unsur dalaman kita (ruh) itu seawal pagi kita memulakan kehidupan seharian. sumber : ceramah Ustaz Zul Ramli Razali di Radio IKIM

Khutbah Aidil Fitri Masjid Sultanah Hamimah

Menghayati isi kandungan @ mesej yang ingin disampaikan oleh khatib melalui khutbah hari raya tempoh hari,aku merasa sewajarnya peringatan sebegitu disebar serapkan ke hati semua ummah agar dapat muhasabah diri dan menilai peranan masing-masing yang mengaku sebagai hamba Allah mengenai apakah yang kita dah @ akan buat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Perjuangan untuk memartabatkan bangsa akan sia-sia kerana ianya tak selari dengan perintah Allah swt yang mahu kita memartabatkan terlebih dahulu agama Nya.Bila agam Islam telah berada di martabat yang tinggi (selayaknya),secara otomatik martabat penganutnya juga akan tinggi di sisi Allah swt dan selari dengan itu martabat bangsa penganutnya juga akan terangkat naik. Hakikatnya ialah pengisytiharan oleh Allah swt bahawa manusia ini sama sahaja di sisi Nya.Yang membezakan antara manusia ialah iman dan takwa - maksudnya yang primer adalah agama dan yang lain-lainnya seperti bangsa hanyalah sampingan ...

Takbir dan Tasbih Solat Sunat Hari Raya

Ramadhan alMubarak 1433H telah berlalu pergi dan tak akan kembali lagi buat selama-lamanya.Yang pasti akan datang nanti ialah Ramadhan alMubarak 1434H namun yang tak pasti ialah samada kita akan ada lagi waktu itu atau tidak.Mungkin kita masih sempat berpuasa dan berhari raya lagi atau pun 1 Syawal kita itu kita hanya menunggu-nunggu anak-anak dan isteri datang menziarahi pusara kita menyedekah alFatihah atau pun Surah Yassin. Alhamdulillah 29 hari berpuasa dengan nilaian pahala yang masing-masing berbeza dan 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri) adalah detik untuk merayakan kemenangan kita menunaikan ibadah suruhan Illahi dan terlucut kita dari kekengan larangan puasa dan hari kemerdekaan kita ini juga disambut oleh para iblis dan syaitan yang `merdeka' dari ikatan lalu berpadu semula dengan hawa nafsu kita untuk kembali menggoda - makanya disinilah kita akan dapat menilai sendiri diri masing-masing sejauh manakah kuliah Ramadhan telah dapat ment...

Salam Aidil Fitri - Maaf Zahir Batin

Image
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pengisian Ramadhan ku - mengecewakan!

Dipenghujung Ramadhan ini sementara menantikan senja berlabuh.Tika waktu berbuka puasa @ tamatnya hari terakhir bulan Ramadhan ini aku termenung di meja kerja mini library ku - merenung hari demi hari Ramdhan 1433 yang telah berlalu pergi ketahap manakah telah aku manfaatkannya. Ternyata hakikatnya pengisian Ramadhan ku tahun ni begitu mengecewakan sekali.Graf pencapaian ku jika dibandingkan dengan usia ku - amat mengecewakan @ memalukan! Peringatan Rasulullah s.a.w ini " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) - 2 daripadanya telah aku terlepas. 1) masa muda sebelum datang masa tu - kini di usia lebih separuh abad tenaga pun dah banyak berkurang.Kemampuan untuk beribadah pun dah tak seiri...

Doa Jika Berjumpa Lailatul Qadar

Image
Doa Lailatul Qadar Diriwayatkan dari `A’isyah radhiAllahu ‘anha katanya: “Saya bertanya: ”Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Katakanlah: “Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.” (Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga at-Turmudzi yang menyatakan sahnya)

tana-tanda kiamat

Image
Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yg telah memeluk agama islam, Alhamdulillah... Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa .... Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. " [Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

Waktu Solat Sunat Isyraq & Waktu Diharamkan Solat

Pagi jumaat kelmarin aku berkesempatan berbual-bual dengan seorang Imam masjid.Pada mulanya bual-bual berkaitan isu semasa ummat (bukan isu politik)dan ibadah puasa dan bulan Ramadhan yang sedang lalui. Aku teringat satu isu yang ingin aku perjelaskan untuk keyakinan diri sendiri dan Tuan Imam ini adalah the right person. Persoalannya : waktu solat Isyraq itu bila matahari terbit sedangkan waktu matahari terbit sehingga ketinggian matahari segalah - adalah antara waktu-waktu yang diharamkan solat,jadinya bolehkah solat Isyraq tu? Panjang juga penjelasan Tuan Imam dan ada beberapa istilah syariat aku dah lupa tetapi ringkasannya camni : Tidak diharamkan untuk solat yang ada sebab kejadian contohnya kita solat Isyraq tu sebab kejadian matahari terbit (kalau matahari tak terbit masa tu kita pun tak akan solat masa tu)Jadinya dengan sebab kejadian matahari terbit waktu tu lah yang menjadikan solat Ishraq (matahari terbit)itu dibolehkan. Contoh lain : jika berlaku gerhana m...

Ayat 9 Surah Yassin : renung-renungkanlah!

"Dan Kami jadikan sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai sekatan yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada dihadapan mereka dan sekatan yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada dibelakang mereka pada hari kiamat.Lalu Kami tutup pandangan mereka,maka dengan itu mereka tidak dapat melihat jalan yang benar" Siapakah mereka itu??? Ciri-cirinya : tamak,gila mengumpul harta dan gila pangkat Akibatnya : tersasar dari jalan kebenaran (syurga) dan menghala ke arah kesesatan (neraka) Mungkinkah mereka itu kita ??? Andai saban hari memikirkan untuk menokoktambah apa yang ada tanpa peduli lagi kaedahnya halal,haram,syubhah sama saja - gerenti mereka itu adalah kita. Renung-renungkah di penghujung Ramadhan ini ....siapa kita. Tepuk dada tanyalah iman,Wassalam!

Nilai Ramadhan

Image
Dalam satu riwayat, diceritakan bahawa Imam Malik, sebaik saja Ramadan tiba tidak mahu lagi menyibukkan diri dengan tugas lain serta meninggalkan seketika urusan mengajar, memberi fatwa atau hal berkaitan keduniaan sebaliknya menumpukan amalan membaca al-Quran. Imam Malik pernah berkata sebaik tiba Ramadan: Ini adalah bulan al-Quran. Begitu besar penghormatan diberikan seorang aulia (pewaris nabi ... ) terhadap Ramadan dan al-Quran, seolah-olah tersimpul dalam ikatan sungguh kuat hingga sanggup menghentikan segala urusan lain. Dalam beberapa riwayat ada dicatatkan kalangan ulama membaca al-Quran dengan penuh tartil (teliti). Kerap kali mereka menangis ketika membaca ayat al-Quran yang mengandungi pelbagai petunjuk serta bimbingan. Dalil al-Quran diturunkan pada Ramadan adalah firman Allah yang bermaksud: Beberapa hari yang ditentukan itu adalah Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan yang membezakan (antara yan...

Nota Untuk Diri

Image
Bismillahirrahmanirrahim Kini dunia ini semakin tua dan semakin hampir menuju saat kehancuran manakala kebanyakan hati manusia di dalamnya semakin jauh daripada Allah SWT dan syari'at agama yang diajarkan oleh RasulNya. Kemungkaran berleluasa di mana-mana sahaja hinggakan sebahagian daripada kita sentiasa resah dan gelisah. Walaubagaimanapun kehidupan perlu diteruskan biar bagaimana susah sekalipun. Bolehlah diibaratkan seperti kita berjalan di atas jalan yang penuh dengan onak dan duri, harus berhati-hati supaya tidak terkena duri lalu mencederakan kaki. Allah perintahkan melalui Kitab dan RasulNya supaya kita semua menjalankan kehidupan ini dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT dan hendaklah dijauhi segala perkara yang dilarang olehNya. Kelak apa yang kita kerjakan di dunia ini akan dipertanggugjawabkan kelak. Allah SWT berfirman, "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, ne...
Image

Solat Sunat Isyraq

Image
Bagaimana nak tahu waktu untuk solat Isyraq? Cara yang paling mudah ialah kita merujuk kalendar yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah,badan yang berotoriti dalam hal ehwal agama Islam.Lihat di kolum `terbit matahari' dan waktu itulah yang dibolehkan untuk solat sunat Isyraq. 27 minit selepas waktu terbit matahari barulah masuk waktu untuk solat sunat Dhuha.Dari waktu terbit matahari hingga masuknya waktu Dhuha itu diharamkan solat sunat apa-apa pun kecuali solat sunat Isyraq. Bila masuk waktu dhuha dibolehkan mendirikan solat-solat sunat dan tamat waktu dhuha ialah bila masuknya waktu solat Zohor. Lafaz & Niat solat : Ertinya: "Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah taala”. Rakaat pertama - Surah Al Fatihah & Surah Al Kafirun Rakaat kedua - Surah Al Fatihah & Surah Al Ikhlas Doa selepas solat : Ertinya : "Segala puji hanya bagi Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah menerbitkan matahari dari tempat terbitnya. ...

Imam Malik berbuka puasa .....

Image
Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku sedikit.." Terpalu hati ku bila membaca kisah ini kerana .... aku berbuka puasa dengan lagi banyak makanan tetapi   amalan laaaagi la sikit .... tapi aku tak sedih pun! Kerasnya hati ku ini. Ya Allah! Kau lembutkanlah hati ku dan Kau sembuhkanlah penyakit hati ku ini.Sesungguhnya aku sentiasa ingin berubah ..... berubah menjadi hamba Mu yang berkualiti ..... perkenankanlah Ya Allah!

Qiamullail Sepanjang Malam Di Bulan Ramadhan

Diriwayatkan bahawa pada malam 23 Ramadhan Nabi saw bersolat selama 1/3 malam dan malam ke 24 Nabi saw tak keluar bersolat di masjid (Nabi saw bersolat di rumah - Nabi saw berbuat begitu kerana bimbang solat tarawih akan menjadi ferdhu kepada ummatnya dan ummatnya tak sanggup untuk melakukannya) Malam 25 Ramadhan Nabi saw keluar dan bersolat selam 1/2 malam.Bila Nabi saw berhenti solat,sahabat-sahabat pun datang mengadu tak puas hati "Ya Rasulullah,baru 1/2 malam sahaja,lambat lagi nak Subuh.Kan lebih baik kalau terus solat hingga sahur" Jawab Nabi saw " Sesiapa solat tarawih sehingga imam selesai,dituliskan baginya pahala berdiri satu malam" Fahamkan betul-betul apa maksud kata-kata Nabi saw tu - jika kita mula solat rakaat pertama bersama imam dan kita terus solat bersama imam hingga rakaat 20 kita dapat pahak seolah-olah kita terus bersolat sepanjang malam sehingga subuh.Banyak tu ....!!! Tapi dengan syarat selepas solat tu kita tak lakukan apa-a...

Dah 14 Hari Usia Ramadhan 1433H

Dah pun 2 minggu berlalu ..... jika ditanya berapa hari dah puasa,tentu jawapannya 14 hari.Jika ditanya dah berapa malam solat tarawih,jawabnya pun lebihkurang 14 hari juga laaa tapi bila ditanya dah berapa juz AlQuran dan baca ...... aaaaaa susah nak jawab tu sebab memalukan diri sendiri kalau disebut. Itulah hakikat diri ku di Ramadhan ini.Perancangan dan perlaksanaan berbeza agak ketara dan aku benar-benar kecewa bila di renung fikir buat muhasabah diri.14 hari dah berlalu dan tak akan kembali lagi entah bagaimana penilaian penerimaan Illahi terhadap ibadah puasa ku itu ??? Kini hanya tinggal separuh bulan sahaja lagi.Kini dipertengahan fasa 10 kedua Ramadhan.10 hari pertama Ramadhan adalah fasa rahmat,10 hari kedua fasa maghfiroh dan 10 hari terakhir adalah fasa pembebasan dari neraka - begitulah hadis yang diriwayat oleh Salman alFarisi. Makanya dapatkan aku mengisi 5 hari lagi di fasa maghfiroh ini untuk menggapai keredhaan Mu,Ya Allah dan memohon keampunan terhadap ...

Bagaimana Bermulanya Salat Tarawih Berjemaah

Image
Saidatina Aishah ra berkata "Nabi saw selalu menganjurkan supaya solat pada malam bulan Ramadhan tanpa mewajibkan atas mereka sehingga wafatnya Rasulullah saw dan keadaannya sedemikian pula di masa Khalifah Abu Bakar ra dan permulaan Khalifah Umar ra.Tetapi kemudian Umar ra mengumpulkan orang-orang supaya sembahyang jamaah dengan imam Ubay bin Kaab ra. Saidina Ali ra berkata "Sebenarnya Umarbin AlKhattab ra mengadakan jemaah solat tarawih itu kerana hadis yang dia dengar daripada ku.Mereka bertanya,Ya Amirul Mukminin,apakah hadis itu? Jawab Saidina Ali ra : saya mendengar Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya di sekitar arasy ada tempat bernama hadhiratul qudsi dari nur (cahaya) di situ banyak malaikat yang tidak terhitung banyaknya,kecuali Allah swt sendiri yang mengetahuinya,mereka beribadat tidak berhenti-henti walau sesaat pun,maka bila tiba malam Ramadhan mereka minta izin dari Allah swt untuk turun ke bumi dan beribadat bersama anak Adam,maka turun mereka tiap-ti...

Berbuka Puasa Dengan Kurma atau Air

Hadith 646 Kitab Syarah Bulughul Maran: Diriwayatkan dari Sulaiman binAmir Adh-Dhabbi ra dari Nabi saw bersabda : "Apabila salah seorang kalian hendak berbuka maka berbukalah dengan kurma.Jika tidak ada maka berbukalah dengan air kerana air itu suci" Penjelasan : Ibnu Qayyim berkata dalam bukunya Zaadul Ma'aad 1/600 : "Yang demikian ini (yakni berbuka dengan kurma atau air) merupakan nasihat Nabi saw dan ungkapan kasih sayang terhadap ummatnya.Sebab memasukkan sesuatu yang manisnya alami lebih cepat dicerna oleh perut yang masih kosong,mengembalikan vitalitas tubuh dan memperkuatkan ingatan.Ada pun air berfungsi untuk membasahi kembali jantung yang agak kering akibat berpuasa.Jika jantung tersebut telah dibasahi oleh air maka akan kembali berfungsi dengan sempurna dalam menyerap makanan yang masuk setelahnya.Demikian juga apa yang terkandung dalam kurma dan air mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesihatan jantung.Hal ini tidak diketahui kecuali para doktor paka...