Posts

Showing posts from April, 2010

Satu Demi Satu Nikmat Allah SWT

Image
23 Mac, 2010 yang lalu aku telah dianugerahkan Allah SWT satu lagi nikmat Nya yang amat-amat menggembirakan.Ianya kemuncak kegembiraan dalam kehidupan ini.Alhamdulillah - aku telah menerima surat dari Tabung Haji yang memaklumkan telah terpilih bersama-sama isteri untuk menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun ini.Aku bersukur dan memohon rahmat Nya agar aku dan isteri akan turut tersenarai sebagai tetamu Nya di sana dan seterusnya dapat mengerjakan ibadah tersebut dengan sempurna tanpa halangan dan seterusnya dapat menggapai haji yang mabrur,Insha Allah! Bukti kasih sayang Allah SWT yang arRahman dan arRahim membuka dan memberi peluang untuk aku bermunajat kepada Nya di sana untuk koreksi diri dan seterusnya membuat renovasi diri terhadap kerosakan-kerosakan rohani dan jasmani yang telah ku lakukan selama hampir separuh abad menjadi penghuni alam maya ini.Sesungguhnya aku ini insan yang jahil dan lemah lantas hasutan nafsu dan iblis menjadikan aku sering tersasar dalam memandu keh...

Fitnah Lisan - syoknya bergossip!!!

Image
Jom kita hayati 2 insiden ini dan sama-sama kita fahamkan apa yang tersurat dan tersirat. 1. Saidatina Aishah merasa cemburu dan tidak suka bila mengetahui Rasulullah saw telah berkahwin lagi iaitu dengan seorang perempuan berbangsa Yahudi iaitu Sofiyah binti Huyai.Maka apabila dia melihat Sofiyah,dia mencemik dan berkata "dah la gemuk,pendek pula tu ...." Rasulullah saw yang mendengar kata-kata Aisyah itu lantas menjawab "Wahai Aisyah,kata-kata mu yang menghina orang itu,jika dilontarkan ke dalam lautan,akan busuklah seluruh air lautan itu" 2. Suatu ketika sedang Rasulullah saw memberi ceramah ugama,seorang sahabat telah bangun dan bergerak keluar meninggalkan majlis.Melihat keadaan itu seorang sahabat mengomel "apalah dia ni,Rasulullah sedang bercakap pun,dia boleh keluar..." Rasulullah saw yang mendengar kata-kata itu lantas menegur sahabat tadi "sesungguhnya kamu telah memakan daging saudara mu sendiri" Cubalah kita ambil ikhtibar dengan 2 ka...

Ceramah Ustaz Kazim 23/04/2010

Malam ini,aku,isteri dan sibongsu Farhaan ke Masjid AlBukhary,Jln. Langgar,Alor Setar.Ada kuliah bulanan Ustaz Mohd Kazim Elias AlHafiz kat situ.Selesai wirid solat maghrib kuliah pun bermula.Seperti biasa,Farhaan amat teruja bila melihat Ustaz Kazim - mungkin kenangan manisnya semasa menghadiri Kem Tahsin di Pusat Pendidikan AlBarakah tak lama dulu tu. Skop kuliah ialah terjemahan dan huraian ayat-ayat suci Al Quran.Kalau kuliah bulanan beliau di Masjid AsSolihin,Taman Muhibbah,Alor Setar menghuraikan kitab Fiqhul Aulawiyyat karangan Dr. Yusuf AlQardhawi. Huraian ayat suci AlQuran malam ini ialah Surah Muhammad,ayat 10,11 & 12.Antara kesimpulan yang dapat aku catat ialah - janganlah kita sekadar menjadi orang Islam tetapi jadilah orang yang beriman kerana janji Allah swt pertolongan dan perlindungan Nya hanyalah kepada orang-orang yang beriman sahaja.Allh swt tidak pernah menyebut mengenai pertolongan dan perlindungan Nya kepada orang-orang Islam.Sebab itulah jika kita lihat real...

Pengurusan Masa = Pengurusan Usia

00.30 - 04.45 : at bed 04.45 - 05.15 : sahur/reading 05.15 - 06.30 : tahajjud/hajat/witir/subuh 06.30 - 07.00 : free/light sleep 07.00 - 07.30 : ready for office 07.30 - 13.00 : to/at office 13.00 - 14.00 : lunch/zohor 14.00 - 16.40 : at office 16.40 - 17.00 : asar 17.30 - 19.00 : jogging/gardening 19.00 - 19.45 : free/bath 19.45 - 21.00 : maghrib/reading Quran/Isya 21.00 - 21.30 : light dinner 21.30 - 22.30 : reading with family 22.30 - 24.00 : internet marketing 00.00 - 00.30 : ready to bed

doa dan pinta seorang anak

Image
Waktu dah semakin menghampiri 3.00 pagi.Ketika ini aku masih lagi termangu-mangu di meja study.Membilang hari-hari yang akan mendatang (jika usia ini masih ada) dan mengenang hari-hari yang telah berlalu.Kenangan yang menjadi sejarah kehidupan yang telah menghuni mayapada ini hampir separuh abad. Anak-anak yang dulu kecil hingusan kini telah pun membesar dan tak lama lagi akan punyai kehidupan sendiri bersama pasangan hidup masing-masing.Akan membawa haluan masing-masing di luar lingkungan kediaman ibubapa.Lalu ibubapa yang bermula dengan hanya berdua kemudiannnya menjadi bertiga,berempat,berlima, berenam,bertujuh dengan anak-anak akan kembali berdua seperti mulanya.Realiti kehidupan yang pasti akan ditempuhi bersama dengan persiapan mental yang ampuh untuk melawan kesepian dan kesunyian kehidupan. Ketika itu telah bersara,punyai banyak masa untuk keluarga tetapi ahli keluarga yang berada di depan mata adalah minima.Tiada lagi keriuhan untuk mengisi kehidupan hari tua. Pasti itulah yan...

MIQAT ZAMANI HAJI 1431H

Kira pi kira mai ....... alamak! Cuma tinggai 144 hari saja lagi untuk tarikh 1 Syawal,1431.Hari Raya Aidil Fitri yang juga bermakna bermulalah bulan haji iaitu dari 1 Syawal 1431 hingga 10 Zulhijjah 1431.1 Syawal 1431 juga bermakna bermula Miqat Zamani Haji 1431. Macam mana niiii ... 144 hari tu bukannya lama sangat.Pejam celik pejam celik tak sedaq 144 hari tu pun akan luput.Kemudiannya hanya berbaki beberapa hari saja lagi untuk menunggu tarikh penerbangan ke sana.Baki beberapa hari tu macam `masa kecederaan' dalam permainan bola sepak. Sekadar sempat untuk touch-up serba sedikit dimana-mana yang perlu.Mungkin 10 hari atau 15 hari saja.Dan lagi ker aku nak buat persiapan nih??? Mula rasa gelabah.Target haji mabrur bukannya mudah nak dicapai.Mentelah aku yang serba serbi masih tak tahu ni.Apa rukun haji,apa syarat wajib haji,apa tawaf wajib,tawaf qudum,tawaf wada ohhhhhhhh macam-macam lagi yang aku masih blurrr.Dan ker nih aku nak catch-up semua nih dalam jangkamasa 144 hari nihh...

Zina Punca Gempa Bumi : Ulama Iran

TAHERAN : Seorang ulama kanan Iran berkata,kekerapan gempa bumi melanda negara itu berlaku antara lain disebabkan amalan seks luar nikah. Ayatollah Kazem Sedighi berkata,ketika ini semakin ramai wanita negara itu tidak menjaga adab berpakaian sehingga mencemar maruah generasi muda. "Semua bencana yang berlaku di dalam dunia adalah kesan daripada amalan manusia",katanya yang dipetik akhbar Aftab-e Yazd, semalam. Menurut Kazem,penduduk Iran tidak mempunyai sebarang pilihan lain kecuali meningkatkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam - AFB Punca : Harian Metro Ahad 18.04.2010 Nota : kat Malaysia ni hari-hari ada berita kejadian buang bayi. Bagaimana bayi ini dihasilkan sehingga dibuang ??? Nak tunggu gempa bumi juga kerr baru nak sedar diri ???

........ lalu hari esok pun semakin kelam

Image

nota dari bilik 213

Image
Sejak dari tengahari Isnin hinggalah tengahari Khamis, aku berkampung di Hotel Naza Taliyya Pulau Pinang bersama-sama dengan 35 orang rakan-rakan webmaster dari setiap PTJ kerana menghadiri Kursus Penyelenggaraan iPortal Berasaskan XOOPs Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman.Objektif utama kursus intensif ini adalah untuk meningkatkan kemahiran semua webmaster agar dapat mengupgrade iportal PTJ masing-masing dari Version 2.4.0 yang sediaada ke Version 2.4.4 disamping setting @ konfigurasi mempertingkatkan keselamatan iportal dari pencerobohan hackers. Sememangnya menarik kursus ini yang dijalankan secara latihamal dan aku enjoy dengan info atau ilmu baru bagi ku berkaitan dengan penyelenggaraan laman web.Tambahan pula dengan room mate yang sporting dan menu makanan yang pelbagai yang disediakan oleh pihak hotel. Pagi Rabu notebook plak buat hal.Window corrupt.Terpaksa meminta bantuan rakan-rakan di pejabat agar dapat menguruskan penghantaran notebook yang lain kerana aku tak nahu k...

cermin mata baru

Image
Kaca mata atau cermin mata ??? mana yang betul??? Aku rasa buat masa ni kena guna perkataan cermin mata.Kaca mata dah tak releven kerana sekarang ni tak banyak dah yang guna kaca.Kebanyakannya dah guna material plastik.So plastik mata ... ok tak gitu ??? Whatever,hari ni aku dah start pakai cermin mata baru.Yang lama tu masih boleh guna lagi cuma tak berapa clear saja.Biasalah tu...bila semakin lama. RM530.00 dah gone already petang tadi.Berganti wang itu dengan cermin mata baru nih! Amat-amat penting dan amat-amat aku harapkan ialah bila menggunakan cermin mata baru ini,pandangan dan pemandangan ku juga akan baru. Memandang dan melihat itu berbeza..... semoga aku akan lebih berpandangan jauh setelah melihat apa yang ada di depan mata.Semoga aku semakin tahu dan peduli dalam menilai dunia ini.

Menggapai Mardhotillah,Insha Allah!!!

Jam dah hampir 2.30 pagi.Sunyi sepi.Suasana sejuk kerana baru saja lepas hujan.Sekali sekala kedengaran sayup-sayup salakan anjing dan bunyi enjin motorsikal yang lalu di hadapan rumah. Detik ini aku masih bertelaku di meja study.Menatap kosong skrin notebook Acer Travelmate ni.Terbayang wajah anak-anak.Along di Batu Pahat,Johor.Angah di Shah Alam,Selangor.Fatin dan Farah yang baru saja petang tadi pulang ke asrama.Farhaan yang sedang nyenyak tidur. Aku tak dapat menyediakan kehidupan yang mewah untuk mereka.Sekadar suatu kehidupan yang patut padan sahaja.Tidak ada harta yang ku tinggalkan untuk mereka andanya ketika ini aku dijemput Nya ke sana.Hanya sebuah rumah ini sahaja milik kita bersama.Semoga anak-anak tak akan mendakwa aku di akhirat nanti kerana menyusahkan kehidupan mereka. Hanya yang dapat aku sediakan untuk mereka ialah kemudahan untuk menuntut ilmu pengetahuan.Syukurlah kerana anak-anak berkembang dengan baik dibidang pelajaran.Ilmu dibidang duniawi dan maknawi rasanya se...

Selamat Kembali Ibu Bapa Mertuaku

Image
Jumaat 9 April,2010 seperti biasa aku dan isteri menghadiri Kursus Haji Bersiri di Masjid Sultanah Bahiyah,Jalan Sultanah Alor Setar.Turut bersama ialah sibongsu Muhammad Nabil Farhaan (sesekali aku cuba juga bertanya apa yang disampaikan oleh Ustaz dan biasanya ia dapat menjawabnya - syukurlah kerana banyak juga input ilmu ibadah yang diperolehnya semasa sama-sama mengahadiri kursus haji ini).Seperti biasa Ustaz HajiAbdul Kadir dengan gayanya yang tersendiri menyampaikan ilmu dan pengalaman beliau berkaitan ibadah haji.Menarik! Ustaz Haji Abdul Kadir juga mempunyai slot beliau sendiri di Radio Malaysia Kedah.Jam 5.30 petang setiap hari Sabtu iaitu `Ekplorasi Haji' Tamat kursus sekitar jam 10.30 pagi (tamat awal kerana Ustaz nak ke hospital menziarahi isteri beliau)kami sarapan di gerai makan Souq AlBukhary.Seperti biasa aku pekena pulut kuning dengan gulai ayam.Selepas itu ke SMKAK menjemput Fatin dan Farah kerana mereka juga nak sama-sama meraikan kepulangan atuk dan neneknya dar...

Jujur & Ikhlas Berurusniaga

Azan ferdhu maghrib mula berkumandang dari corong suara Masjid Al-Lutphi.Jelas dipendengaran.Ertinya bermula lagi satu hari yang baru.Hari Jumaat - penghulu segala hari datang lagi.Terasakan seperti baru semalam mengerjakan solat Jumaat,hari ini akan bersolat Jumaat.Cepatnya masa beredar.Datang dan berlalu pergi lalu jatah hidup pun semakin pendek. Esok cuti hujung minggu.Semua pejabat ditutup.Begitu juga dengan Pejabat Pos.Hasrat ku nak menghantar produk pesanan ACAR,Kuala Lumpur terpaksa di tunda ke hari Sabtu.Semoga ACAR akan sabar menunggu.Sekotak Susu IgG-Plus,sebotol Afalfa Concentrated Drink dan sebotol Royal Jelly pasti akan ke hadapan pintu rumah anda pada pagi hari Isnin nanti (hari Ahad plak cuti hujung minggu di KL) Mudahnya anda membeli barangan melalui internet sebegini.Hanya pesan melalui sms sahaja pastu bank-in amaun bayaran yang sepatutnya.Anda tidak perlu kemana-mana.Jimat petrol,jimat kos tol dan parking - produk pesanan anda akan sampai ke depan pintu rumah anda.Mu...

menggapai kebahagiaan hakiki

Image
Kebahagiaan dalam kehidupan ini bukanlah sesuatu yang akan datang sendiri tanpa usaha.Juga tafsiran kebahagiaan itu adalah berbagai-bagai bergantung kepada ilmu yang dimiliki oleh individu tertentu.Jika dirujuk kepada ilmu dunia tafsiran kebahagiaan itu akan berbeza dengan kebahagiaan yang dirujuk kepada ilmu akhirat. Berbagai aneka contoh disekeliling kita sebagai pemerhatian untuk kita jadikan panduan dan pedoman.Namun hakikatnya kebahagiaan adalah juga merupakan perasaan dan perasaan adalah makhluk Allah SWT.Kita tak akan dapat kebahagiaan yang hakiki tanpa izin Allah SWT.Makanya kebahagiaan itu punyai resepi yang tersendiri. Ramuan-ramuannya mestilah di adun 'secukup rasa' Allah SWT. Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang direstui Allah SWT.Bapa,ibu dan anak-anak bergabung bahan untk adunan lalu terhasillah kebahagiaan itu.Kesepakatan mengadun itu hanya mampu dibuat dengan `iman' kepada Al Khalik.Kita hanya mampu untuk berusaha `mencipta' kebahagiaan itu tetapi k...

Hum Saath Saath Hain

Salam Terima kasih kerana kakak selalu mengikuti blog abah ini. Abah juga rindukan kakak. Semoga kakak sentiasa terbaik. Ingat tak suatu ketika dulu kita sekeluarga selalu menonton vcd movie ini berulangkali sehinggakan vcd ni rosak dan direject dek vcd player kat komputer ......

Special Offer - Jom Kita Rebutnya

Riwayat Ibnu Huzaimah Suatu hari Amru Ibn Al Ash dalam keadaan tidak tenang datang berjumpa Rasulullah saw lalu berkata : "Ya Rasulullah! Aku mahu berbaiah dengan mu dan berikanlah jaminan bahawa Allah akan mengampunkan semua dosa-dosa ku yang lepas" Lantas Rasulullah saw menjawab : " Wahai Amru! Tidakkah kamu tahu bahawa bila kamu memeluk Islam,maka Islam telah membersihkan segala dosa-dosa yang pernah kamu lakukan semasa kafir dahulu.Dan dengan hijrah yang telah kamu lakukan,ianya juga telah membersihkan dosa-dosa sebelumnya dan dengan haji yang kamu lakukan juga menghapuskan segala dosa yang dilakukan sebelumnya!" Riwayat Al Bazzar "Orang yang kembali dari haji boleh memberi syafaat kepada 400 orang dari ahli keluarganya dan sesungguhnya bila dia kembali dari haji,dia kembali dalam keadaan tiada dosa seperti mana dia baru dilahirkan oleh ibunya " Riwayat Tabrani dan Al Bazzar " Seseorang yang berbelanja untuk mengerjakan haji tidak akan miskin dan ...

Peringatan dari Rasulullah SAW

Hadis Riwayat Tarmizi : "Barangsiapa yang mempunyai bekalan yang mencukupi untuk membiayai perjalanan dan kenderaan menunaikan haji di Baitullah,tetapi tidak mahu melakukannya.Andai dia mati,maka matinya samada mati sebagai seoang yahudi atau pun mati sebagai orang nasrani" Hadis Riwayat Darami : "Barangsiapa yang enggan menunaikan haji sedangkan dia tidak mempunyai masalah dalam memenuhi keperluan zahirnya. Sedangkan dia juga tidak dihadang atau ditindas oleh pemerintah yang zalim.Dia juga tidak dihalang oleh sebarang penyakit.Andai dia meninggal dunia tanpa menunaikan haji.Bermakna dia memilih untuk mati sebagai yahudi atau pun mati sebagai nasrani" 2 hadis di atas sewajarnya mengecutkan perut kita seandainya kita termasuk dalam kalangan yang mampu.Mampu kerana kita punyai rumah dua tiga buah,kereta dua tiga buah atau kalau sebuah rumah pun sentiasa saja di renovate,kereta pula selalu di ubahsuai tambah itu tambah ini yang belanjanya bukan sedikit.Lalu kita pun me...

Eye Of The Tiger - nostalgia buat SST & Anlasim

Waktu ini aku baru saja sudah menonton TV3 Cinema.Tajuk cerita nya Rebound yang mengisahkan usaha seorang jurulatih untuk membentuk sebuah pasukan bola keranjang yang berjaya selain dari tujuan untuk mengembalikan kerjayanya sebagai seorang jurulatih.Bermula dengan penekan disiplin dikalangan setiap anggota untuk yakin diri boleh buat dan boleh berjaya,menyemai semangat berpasukan dan tidak mementingkan diri sendiri serta kebijaksanaan berkomunikasi mengikut keperluan suasana atau keadaan Akhirnya beliau berjaya membawa kejayaan yang cemerlang kepada pasukan tersebut dari peringkat sekolah hinggalah peringkat negeri. Akhirnya beliau sedar bahawa rupaya bukan sahaja dia yang berjaya merubah sahsiah diri anggota-anggota pasukan bola keranjang itu tetapi respon dari anggota-anggota pasukan bola keranjang itu juga telah merubah sahsiah dirinya.Dari seorang yang terlalu mendesak (mahu menang,mesti menang) kepada seorang yang lebih tenang,mendekati pemain dan membantu menyelesaikan masalah-m...

dari 02.04.2010 ke 20.10.2010

Image

April Fools - who's fool ???

Image
1 April pada setiap tahun seakan satu tarikh yang menarik kerana ia nya dihayati oleh sebilangan masyarakat kita sebagai April Fools atau pun hari nak mengenakan orang lain.Menurut sejarah,ditemui catatan berkaitan April Fools @ April Fool ini ialah pada tahun 1932 lagi. Jika dirujuk kepada kamus FOOL dari segi katanama bermakna - dungu,bodoh,pandir dan dari segi katakerja - berjenaka, berkelakar, mengusik dan berhelah. Jika difikirkan dengan jiwa yang tenang,seronok sangatkah bila kita dapat `mengenakan' orang lain dan selepas itu menjerit `April Fool'.Bagaimana pula jika kita yang `terkena'? Just think a moment `is that April is fool or i'am fool ??? Dalam Al Quran telah menyebutkan `sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada orang lain'.Jadi marilah kita tinggalkan sama-sama baiki diri supaya tidak berterusan men`fool'kan diri sendiri.Banyak gelak ketawa,berjenaka,gurau senda yang tak ber faedah akan menjadikan hati kita keras. Sekadar untuk tarbiah dir...